Tidak dinafikan, kontroversi terhangat Neelofa yang mendapat kecaman netizen adalah ketika majlis pelancaran tudungnya di kelab malam Zouk baru-baru ini. Sejak daripada hari itu, beliau menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat yang menghakimi dirinya sehingga hari ini meskipun sudah membuat permohonan maaf.
Walaupun dihimpit kata-kata negatif, Neelofa tidak mahu terus melatah dan mengambil pendekatan untuk tidak terlalu memikirkan percakapan orang. Cara beliau itu agak profesional kerana tiada gunanya untuk terus memanjangkan isu tersebut.
Terbaru, perkongsian netizen di Twitter mengenai Neelofa telah mencuri perhatian ramai apabila Neelofa dilihat memakai tasbih digital di jarinya. Persepsi netizen itu terus berubah mengenai Neelofa.
Difahamkan foto tersebut merupakan reaksi spontan Neelofa ketika pihak Air Asia membuat kejutan dengan menghadiahkan sejambak bunga atas pencapaian beliau yang tersenarai sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara).
Kita sebagai manusia seharusnya tidak menghukum orang lain hanya berdasarkan luaran ataupun masa silamnya. Apa pula komen anda?