“Persepsi Konon Kerajaan Berdiam Diri Apabila Agama Islam Dihina Adalah Fitnah & Tidak Berasas!” – Pejabat Perdana Menteri

Berita

“Persepsi Konon Kerajaan Berdiam Diri Apabila Agama Islam Dihina Adalah Fitnah & Tidak Berasas!” – Pejabat Perdana Menteri

Baru-baru ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) tampil bersuara susulan tuduhan yang kononnya kerajaan berdiam diri apabila agama Islam dihina dengan menegaskan ia sama sekali fitnah serta tidak berasas.

‘Tuduhan tidak berasas!’

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tunku Nashrul Abaidah, sesiapa sahaja individu yang menghina mana-mana agama di Malaysia pasti akan disiasat dan didakwa mengikut undang-undang negara.

Advertisement

Bekas wartawan Media Prima tersebut tampil menyenaraikan beberapa kes penghinaan agama yang telah diambil tindakan seperti kalimah Allah dipersendakan melalui penjualan stokin, seorang lelaki persendakan perkataan ‘Allah’, peniaga jagung bakar letak notis perkauman dan Harith Iskandar serta Cecelia Yap.

PMX beri peringatan buat rakyat Malaysia

Dalam kes yang saya senaraikan tadi, jelas semuanya disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum dan kesemua tindakan terbabit adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara.

Dalam pada itu, Nashrul menyampaikan bahawa PMX memberi peringatan kepada semua rakyat Malaysia agar menghentikan perbuatan menghina mana-mana agama, budaya ataupun kaum.

anwar ibrahim

Usah biarkan hal-hal remeh merobohkan kekuatan dan keunikan kita tatkala negara sedang berkembang dan berada pada trajektori yang baik.

Sharnaaz minta trio dj era fm berhenti minta maaf
2 days ago

"Just Stop Minta Maaf, Jangan Melebih.." - Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Trio DJ Era FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...