Persenda Najib Buat Umrah, Dr. Maza Tegur Sikap Segelintir Orang Ramai

Trending

Persenda Najib Buat Umrah, Dr. Maza Tegur Sikap Segelintir Orang Ramai

54hhy.transformed

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menasihati orang ramai agar tidak mempersendakan ibadah umrah yang dikerjakan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Advertisement

Kata beliau, soal ibadah seseorang itu antara individu terbabit dan Tuhan.

Ada pihak mempersendakan umrah DS PM. Kenapa beliau dan isterinya pergi umrah dan lain-lain? 

Pada pandangan saya, sekali pun jika berbeza pendapat politik ataupun tidak suka dengan beliau, soal ibadah seseorang biarlah antara dia dan Tuhan.

Tidak perlu kita mempersendakannya. Lagipun saya tidak lihat beliau kata bahawa ibadahnya itu memadamkan segala apa yang dipertikaikan oleh rakyat.

Urusan beliau dan rakyat adalah apa yang membabitkan soal ketelusan dan amanah dalam pentadbiran negara ini.

Persoalan peribadi seperti kenapa beliau solat, puasa, umrah dan haji, hendaklah diserahkan kepada Allah.

Hanya Allah Yang Mengetahui hakikat setiap hambaNYA. Allah itu menghukum sesiapa yang DIA kehendaki dan mengampuni sesiapa yang DIA kehendaki. KepadaNYA kembali segala urusan.”, tulis beliau di Facebook.

Mufti Perlis itu mengeluarkan kenyataan terbabit selepas gambar-gambar Perdana Menteri dan isterinya melakukan ibadah umrah mendapat kritikan pelbagai pihak.

Najib berada di Mekah sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke Arab Saudi.

maza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...