November 18th, 2016

Datuk Ramli MS seorang juri yang sangat serius ketika bekerja dan agak jarang sebenarnya beliau ingin memberikan komen tentang penyingkiran peserta di GV3.

Namun, baru-baru ini Tok Ram mengakui beliau merasa agak terkilan apabila Shidi Data disingkirkan pada konsert minggu ke 5 GV3 sedangkan Shidi memberikan persembahan yang agak baik pada malam tersebut.

Malah, Tok Ram tidak memilih Shidi untuk terkeluar tetapi ia berdasarkan kutipan markah secara keseluruhan antara tiga orang juri.

Shidi telah memberikan persembahan yang baik di konsert minggu kelima. Namun begitu, saya ralat apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Saya tidak memilih Shidi untuk keluar tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ini kerana markah yang diberikan antara tiga juri berbeza.

Saya tidak tahu bagaimana cara juri lain memberikan permarkahan dan saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukannya.  Di konsert minggu kelima, markahnya telah menjadi dua lawan satu dan penjurian harus mengikut markah majoriti. Apabila markah tiga juri dicampurkan, Shidi mendapat markah paling rendah.

Penyingkiran Shidi mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak berpuas hati beliau terkeluar sedangkan Ameng Spring sudah dua kali melakukan kesilapan lupa lirik dan tidak serius membuat persembahan.

Tidak mengapalah, keputusan sudah dibuat dan mungkin rezeki Shidi Data diluar lebih murah selepas ini. Dato Seri Vida juga telah menaja Shidi dan isteri untuk menunaikan umrah. Tuah orang siapa yang tahu bukan?

Sumber Berita : Astro Gempak


Comments are closed.

Loading...