Persembahan Seni Ghazal, Berhibur Sambil Bersantai. Jom Ramai-Ramai!

Trending

Persembahan Seni Ghazal, Berhibur Sambil Bersantai. Jom Ramai-Ramai!

Setiap negeri di Malaysia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Tarikan itu tak semestinya dari makanan traditional atau pun permainan tradisional. Adakalanya seni budaya turut menjadi tumpuan untuk kita lihat sendiri di negeri kat Malaysia ni.

Advertisement

Mungkin sesetengah rakyat Malaysia jarang melihat persembahan seni Ghazal. Jika lihat pun, sekadar di kaca television. Lagi pun masyarakat Melayu yang amat sinonim dengan negeri Johor.

Antara lagu-lagu yang sering dimainkan adalah seperti Sri Mersing, Siti Payung, Patah Hati dan Seri Banang. Alatan muzik yang digunakan adalah seperti peti harmonium, tabela/tabla, violin, gambus, gitar, tamborin dan marakas.

Jika kita kaji dan lihat sendiri persembahan Ghazal ini, ianya satu elemen unik yang mana bukan sekadar muzik atau lagu, tetapi ada mesej tersendiri yang nak disampaikan. Menarik kan?

Ghazal@Muar adalah program yang mengetengahkan persembahan kesenian Ghazal Johor, variasi makanan, aktiviti seni, pameran dan jualan produk masyarakat setempat.

Bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar Johor pada 7 April dan 8 April ini, akan berlangsungnya persembahan kesenian Ghazal.

Antara aktiviti menarik yang turut ada sekali adalah seperti persembahan sisipan, pameran, permainan tradisional, demontrasi, pertandingan, sudut interaktif, apresiasi seni, jualan, semarak seni muafakat Johor dan lain-lain lagi.

Turut hadir memeriahkan lagi Ghazal@Muar ini dengan kehadiran beberapa artis tempatan seperti Ramlah Ram, Mohd Rozaidy Shukry(finalis dangdut star astro), Abdul Rahman Bin Kamaruddin (juara bintang asli Johor), Wahidah Binti Abdul Rahman (artis yayasan warisan Johor dan Asiah Binti Mohd Amin (juara pertandingan ghazal kebangsaan).

Maklumat atur cara adalah seperti berikut..

Bukan calang-calang artis yang turut hadir nanti. Semuanya hebat-hebat belaka. Hehehe..

Jadi, kalau korang ada waktu lapang dan tak tahu apa nak buat, boleh ajak kawan-kawan atau keluarga ke Ghazal@Muar pada 7 April 2017 dan 8 April 2017 di Dataran Tanjung Emas, Muar Johor. Program ini berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam (7 april 2017) dan 8 pagi hingga 11 malam (8 april 2017).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman facebook Mysenibudaya dan JKKN Johor atau laman sesawang www.jkkn.gov.my.

Sambil berhibur, kita bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Kita enjoy!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...