Persembahan Pertama Sejak Pandemik, Konsert Hujan 16 Tahun Ditayang Secara Maya

Hiburan

Persembahan Pertama Sejak Pandemik, Konsert Hujan 16 Tahun Ditayang Secara Maya

Kumpulan indie rock Hujan telah mengadakan konsert yang juga merupakan persembahan pentas pertama Hujan sejak pandemik berlaku.

Noh Salleh
3 years ago

Tak Sabar Nak Anjurkan Konsert, Namun Noh Salleh Sabarkan Hati, -"SOP Diberikan Agak Tidak Jelas!"

Advertisement

Konsert Hujan 16 Tahun itu akan ditayang secara maya pada setiap hujung minggu di bulan November bagi membenarkan peminat menonton semula persembahan tersebut.

Hujan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal berkata ia merupakan satu usaha untuk membolehkan mana-mana peminat yang tidak dapat hadir ke konsert secara langsung turut menikmati persembahan konsert tersebut walau berada di rumah.

Atas permintaan ramai, kami sedia untuk membawa Hujan 16 Tahun secara maya dan kami membuatnya serapat yang boleh dengan persembahan sebenar, seolah-olah penonton itu berada di lokasi persembahan.

Tambahnya lagi, persembahan secara maya diterbitkan selepas konsert untuk membenarkan mereka mengemaskini audio dan visual dan memberikan penonton pengalaman berkualiti tinggi.

Produksi konsert ini juga dijalankan dengan audio-visual bertaraf antarabangsa dengan tujuh unit kamera telah digunakan untuk merakamkan konsert itu dengan sepenuhnya bersama dua kamera di belakang pentas untuk menangkap pengalaman di belakang tabir.

Konsert secara maya itu akan ditayangkan secara terhad setiap hujung minggu di bulan November di pelantar ‘We Are Live’.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...