Kemunculan penyanyi Naim Daniel yang membuat persembahan di XO Concert 3.0 School of Galau pada malam Ahad telah mengundang perasaan sebak dalam kalangan rakan artis.
Menerusi satu video yang tular di TikTok, Naim mendendangkan lagu Mengenangmu nyanyian Kerispatih.
Dalam video yang sama, kelihatan penyanyi Iman Troye dan Dalia Farhana mengalirkan air mata sewaktu menyaksikan persembahan itu, manakala Zubir Khan turut meluahkan rasa bangga melihat Naim kembali ke pentas.
Bangga dengan abang saya.
@x.o.housee Siapa je tak sedih kan 😭 #XoConcert #schoolofgalau #XOConcert ♬ mengenangmu. – Naim Daniel
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat ikatan persahabatan mereka yang sentiasa memberi sokongan meskipun rakan mereka itu terpalit dengan kontroversi sebelum ini.
Terdahulu, Naim Daniel atau nama penuhnya Naim Daniel Baharin didakwa di Mahkamah Sesyen, Putrajaya atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor. Penyanyi itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.