Written by Bella | December 17th, 2019

Selepas beberapa minggu berentap dan cuma selangkah sahaja lagi untuk mara ke peringkat akhir GV6, bagaimanapun rezeki tidak memihak kepada penyanyi Noorshila Amin apabila dia tersingkir pada konsert separuh akhir Ahad lalu.

ifa raziah shila amin

Rata-rata netizen mula meletakkan kesalahan kepada Ifa Raziah yang dikatakan terlalu ‘over’ ketika membuat persembahan duet bersama Shila Amin. Menyalahkan penyanyi itu sebagai punca peserta GV6 itu tersingkir.

Ifa Raziah ‘over’, tenggelamkan Shila Amin

ifa raziah overifa raziah over

“Penghibur Versatil bukan penyanyi berdiri kaku”

ifa raziah overifa raziah punca shila amin tersingkir

Memberikan respon terhadap isu tersebut, Ifa berkata, sebagai seorang penyanyi dia mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan orang ramai. Seorang penghibur yang versatil dan bukanlah seorang penyanyi yang tidak bertenaga dan hanya berdiri kaku.

Dia sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan persembahan pada malam tersebut berjalan lancar.

“Jangan salahkan saya”

ifa raziah punca shila amin tersingkir

Ifa meminta orang ramai khususnya peminat supaya tidak menyalahkan dirinya sebagai punca Shila Amin tersingkir.

ifa raziah punca shila amin tersingkirMenyanyikan lagu Dialah Di Hati nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, duet Shila Amin dan Ifa Raziah dikatakan gagal oleh juri. Nyanyian mereka tidak harmoni dan seakan menjadi ‘battle song’ pula.

6 responses to Persembahan Ifa Raziah Di GV6 Dikritik Terlalu ‘Over’, Dituduh Punca Shila Amin Tersingkir

  1. Anonymous says:

    Tapi rasanya tak adil nk salahkan ifa jgk sebab penjurian sepenuhnya dibuat utk mama shila.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini