Memang hambar. Serius Abang Nara kecewa dengan mutu persembahan kebanyakan kumpulan pada minggu ketiga MLM2014 Jumaat lalu. Abang Nara hanya gelak dengan lawak kumpulan Bocey je. Yang lain-lain kalau gelak pun sekadar gelak tak ikhlas. Untuk makluman, tema minggu lalu ialah “Retro Kilauan Emas”. Sesetengah peserta menggunakan alasan tema susah sebagai punca persembahan hambar yang ditunjukkan.
Abang Nara sebenarnya kecewa juga bila alasan tema susah digunakan. Iyerlah, ada beberapa kumpulan dapat buat persembahan bagus kenapa sesetengahnya tak mampu pula? Abang Nara suka dengan kenyataan Ketua Komedi & Sitkom Bahagian Perniagaan Melayu Astro Bob Azrai Kamaruddin yang mengingatkan para peserta bahawa MLM2014 bukanlah pertandingan lawak biasa. Kata Bob:-
Maharaja Lawak Mega 2014 bukan pertandingan biasa. Ia melibatkan para pelawak profesional yang sudah mempunyai tempat mereka sendiri dalam industri hiburan tanah air. Bila sebut ‘Maharaja’ pun kita sudah tahu pentas MLM 2014 bukan tempat pertarungan biasa.
Tidak dinafikan juri ada menyebut tema berat, dan sukar tetapipertandingan ini melibatkan profesional player. Jadi isu tema susah atau berat tidak wujud kerana semua profesional sudah profesional, malah ada yang sudah empat kali berturut-turut menyertai pertandingan ini. Mereka sepatutnya tahu apa yang patut dilakukan.
Tema Retro sebenarnya ‘simple’ tetapi sayang kebanyakan peserta hanya menjadikan lagu sebagai bahan lawak. Sedangkan banyak aspek lain yang boleh diketengahkan. Antaranya persekitaran, komuniti, mindset dan lain-lain lagi.
Kalau susah, kenapa kumpulan Bocey, Zero, Ekzos dan Sepahtu boleh memberikan persembahan yang terbaik, malah mereka berada di tangga empat teratas pada malam ini.
Diharap teguran oleh boss besar ini diambil berat oleh kesemua peserta Maharaja Lawak Mega 2014. Jangan mengharapkan populariti semata-mata sedangkan persembahan yang ditunjukkan tidak bermutu. Kualiti mestilah seiring dengan populariti. Diharap minggu ini persembahan lebih mantap akan dipertontonkan oleh para peserta MLM2014. Sama-sama kita nantikan. Sumber Astro Gempak.
P.S: Kerana melawan, wajah gadis cantik ini ditoreh oleh penjenayah