Persembahan Dangdut Thalita Cetus Kritikan, Netizen Beri Teguran – “Sepatutnya Shuib Didik Macam Arwah Mak Dia…”

Hiburan

Persembahan Dangdut Thalita Cetus Kritikan, Netizen Beri Teguran – “Sepatutnya Shuib Didik Macam Arwah Mak Dia…”

Konsert ketiga program realiti Talk To My Manager berlangsung malam semalam dengan menyaksikan masih tiada penyingkiran yang berlaku.

Persembahan semua peserta mencuri perhatian memandangkan masing-masing menyanyikan genre yang dan membawa mesej berbeza.

Advertisement

Antara yang menjadi bualan dan mendapat standing ovation daripada juri, Sarimah Ibrahim adalah persembahan Ara Aziz, anak kepada pengarah Aziz M Osman yang mempunyai unsur teater dan membawa mesej ‘No Bully’.

Selain itu, persembahan anak pelawak Shuib iaitu Thalita juga turut memukau penonton apabila dia menyanyikan lagu nyanyian asal, Haiza berjudul Dag Dig Dug.

Bagaimanapun, persembahan tersebut turut menimbulkan rasa kurang senang sesetengah individu yang menyuarakan pendapat mereka.

Menerusi hantaran di TikTok, ramai yang menegur Thalita dan Shuib kerana persembahan tersebut tidak sesuai untuk kanak-kanak seusianya.

Sesetengah netizen dilihat menasihati Thalita agar tidak tenggelam dengan dunia hiburan yang glamor dan ada juga yang menyebut tentang arwah ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raisudin.

komen netizen

komen netizen komen netizen

Dalam pada itu, ramai yang menyebelahi Thalita dan meminta orang ramai memandang perkara ini daripada sudut positif serta tidak menghentamnya yang masih kanak-kanak.

Ramai juga yang memuji bakat dan persembahan Thalita kerana dilihat sudah boleh nampak ‘improvement‘ berbanding dari minggu pertama konsert.

komen netizen

komen netizen komen netizen komen netizen

Leona tolak tawaran Talk To My Manager
2025-09-07 17:52:55

Pernah 'Dilamar' Jadi Peserta Talk To My Manager, Leona Terpaksa Tolak Tawaran - "Saya Tahu Orang Akan..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...