September 6th, 2017

Menjadi seorang isteri bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak persediaan daripada segi mental dan fizikal yang harus dilakukan. Walaupun bukan tugas seorang isteri untuk memasak, mengemas rumah dan sebagainya, namun ia adalah bonus jika seorang wanita itu mengetahui perkara-perkara tersebut. Bakal bergelar isteri kepada Sufian Suhaimi tidak lama lagi, Elfira Loy kini dalam fasa persediaan untuk menjadi seorang isteri yang tahu serba-serbi.

elfira loy

Menurut Elfira, rutin hariannya kini sudah berubah sepenuhnya sebagai persediaan untuk menjadi seorang isteri. Menariknya, ibu Elfira sendiri telah memaksa dirinya untuk melakukan kerja rumah. Kata Elfira:-

Ibu saya meminta saya untuk ubah rutin harian saya dan membuat persiapan diri untuk menjadi seorang isteri kelak. Kini selepas solat Subuh, saya tidak dibenarkan tidur dan terus bangun membuat kerja rumah serta memasak.

Ibu saya pesan kerja rumah bukan hanya perlu dilakukan apabila ia bersepah tetapi perlu dilakukan setiap hari. Selain buat kerja rumah, saya juga belajar memasak sedikit demi sedikit

elfira loy

Jarang kita lihat seorang anak dara mengambil inisiatif sebegini. Thumbs up buat Elfira Loy dan juga ibunya. Persediaan sebegini memang amat penting buat seorang wanita. Kalau dah kahwin baru nak belajar semuanya pun tak ada masalah, tetapi kalau bersedia dari awal ia adalah lebih bagus. Semoga dengan persediaan ini Elfira akan menjadi seorang isteri yang mithali kepada Sufian Suhaimi kelak. Sama-sama kita doakan. Sumber Astro Gempak.


Comments are closed.

Loading...