Persediaan Sebelum Melancong

Trending

Persediaan Sebelum Melancong

Melancong pastinya satu perkara yang menyeronokkan, apatah lagi percutian tersebut turut disertai oleh orang tersayang termasuk ahli keluarga dan kanalan rapat.

Bukan sahaja dapat dijadikan sebagai ‘ubat antidepresan’, bahkan kita juga berpeluang untuk menikmati permandangan negara orang sambil menimba pengalaman dan mempelajari tentang masyarakat kawasan tersebut.

Advertisement

Namun, sekiranya tidak mempunyai perancangan atau persediaan yang cukup sebelum melancong, percutian bermakna tersebut mungkin akan berubah menjadi satu mimpi ngeri.

Justeru, berikut merupakan antara langkah seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Tanpa persediaan rapi, kita mungkin akan mengalami kesukaran kelak.

Lebih merumitkan. kita turut berdepan dengan penambahan perbelanjaan atau terlebih bajet percutian. Pada masa sama, kita turut berhadapan dengan masalah komunikasi sekiranya masyarakat di negara yang dilawati tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

1. Dokumentasi

Melakukan persediaan awal mengenai maklumat lokasi yang ingin dilawati bagi memudahkan perjalanan. – EHRIntelligence

Sekiranya anda memilih untuk melancong dalam negara, passport bukan satu perkara penting. Tetapi jika ke luar negara, perkara paling utama ialah passport. Pastinya segala dokumen maklumat peribadi sentiasa ada bersama. Sekiranya anda ingin melawati sesebuah negara, pastinya sama ada penggunaan visa diperlukan atau tidak. Paling utama, jangan abaikan keselamatan diri anda. Ketika berada di luar negara kenal pasti lokasi wakil kedutaan Malaysia di negara tersebut bersama maklumat agar senang untuk dihubungi sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Dalam pada itu, sekiranya berada di luar negara, jangan lupa untuk mengambil perlindungan polisi insurans perjalanan. Sekiranya berlaku sebarang perkara tidak ingini, perlindungan tersebut sekurang-kurangnya membantu.

2. Perancangan dan tempahan

Melakukan pertukaran wang asing lebih awal bagi memudahkan perjalanan anda di luar negara. – The Telegraph

Kenal pasti lokasi penginapan. Bagi yang gemarkan pengembaraan dan kejutan, kalian tidak mempunyai masalah untuk mencuba nasib membuat tempahan secara walk-in. Tetapi pastikan persekitaran tempat penginapan berkenaan hampir dengan kemudahan seperti kedai serbaneka atau restauran bagi memudahkan anda mendapat makanan. Sekiranya membuat pembayaran secara atas talian, kenal pasti kesahihan aplikasi atau individu yang melakukan jual beli. Kaji sistem penggunaan pengangkutan awam di negara yang anda lawati bagi memudahkan perjalanan. Pastikan anda telah membuat pertukaran wang asing lebih awal agar dapat melancarkan perjalanan mahupun proses pembelian.

3. Pakaian

Kenal pasti cuaca lokasi yang anda lawati supaya pakaian dibawa bersesuaian dengan persekitaran. -The Everygirl

Sekiranya melawati negara yang mempunyai empat musim, anda perlu membuat persiapan awal agar tidak berhadapan dengan kesulitan dalam soal pemilihan pakaian. Semak tarikh lawatan sebelum memulakan perjalanan bagi memudahkan anda untuk membuat persiapan sama ada perlu mengenakan pakaian yang tebal atau nipis. Sekiranya negara tersebut mengalami musim sejuk, anda jangan lupa untuk bawa bersama jaket musim sejuk agar anda tidak kesejukan kelak.

4. Makanan

Bawa bekalan makanan mengikut tempoh percutian yang ditetapkan. – tupperware4sale

Bagi mereka yang cerewet dalam soal makanan, anda disarankan untuk membawa bersama beberapa makanan tempatan seperti sambal kering, serunding atau makanan dalam tin. Lebih memudahkan, bawa makanan yang dibungkus dalam pek kembara (travel pack). Cara tersebut lebih menjimatkan ruang bagasi. Pada masa sama, bagi negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal, kalian perlu memastikan bekalan makanan dibawa cukup untuk tempoh sepanjang anda berada di sana.

5. Ubat

Penting untuk anda mendapatkan pengesan presipitasi daripada doktor agar tidak berlaku kesulitan di lapangan terbang. = pakar percutian

Bsgi mereka yang perlu mengambil ubatan secara berkala, anda perlu mendapatkan pengesan presipitasi daripada doktor agar tidak berlaku sebarang ‘drama’ antara anda dengan imigrasen kelak. Dalam pada itu, ubatan seperti panadol, demam. selesema, batuk juga perlu mendapatkan pengesahan. Anda mungkin akan mengalami kerugian sekiranya membeli ubatan yang lebih mahal di luar negara sedangkan harganya berpatutan di tanah air.

Diharapkan lima langkah tersebut dapat membantu kalian untuk menyediakan kelengkapan sebelum memulakan percutian tidak mengira sama ada di dalam mahupun luar negara. Bagi anda yang bakal melancong kelak, selamat bercuti :)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...