Persediaan Sambut Aidilfitri Suram, Luqman Faiz Akui Mahu Pakai Baju Raya Lama

Hiburan

Persediaan Sambut Aidilfitri Suram, Luqman Faiz Akui Mahu Pakai Baju Raya Lama

Tidak membuat sebarang persediaan khusus bagi meraikan sambutan Aidilfitri, penyanyi Luqman Faiz akui mahu pakai baju raya lama untuk beraya nanti.

luqman faiz aidilfitri

Advertisement

Menurut Luqman, persiapan itu dibuat secara sedehana berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa.

Dirinya dan keluarga yang akan menyambut perayaan itu di Shah Alam, Selangor itu turut berkata, keluarganya tidak akan menerima kehadiran tetamu.

“Persiapan raya pun biasa-biasa sahaja. Pakai apa yang ada sahaja, mungkin pakai baju raya lama dan rasanya tahun ni saya nak sarung jubah sahaja”

Ia berlaku susulan PKPB atas arahan kerajaan supaya penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung dengan sebaik mungkin.

Luqman bagaimanapun turut berpesan kepada sekuruh rakyat Malaysia supaya sentiasa mengamalkan penjagaan diri dan tidak perlu keluar beraya ke mana-mana.

luqman faiz

Malah, beliau juga menyarankan orang ramai untuk mengikuti arus perkembangan teknologi seperti “video call” bagi bertanya khabar melalui telefon bimbit.

Dalam perkembangan lain, Luqman difahamkan telah berkolabrorasi bersama penyanyi Sufian Suhaimi, Fara Hezel, Aiman Tino, Fieya Julia dan Yazid Izaham menerusi lagu raya terbaru iaitu Suasana Hari Lebaran.

Lagu berkenaan telah dimuat naik di laman Youtube sejak 12 Mei lalu dan kini telah mencecah lebih 43,000 jumlah tontonan.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...