Persediaan Ke Alam Perkahwinan

Trending

Persediaan Ke Alam Perkahwinan

Kepada yang akan menjalani alam perkahwinan banyak benda yang kamu semua perlu tahu dan perlu bersedia untuk menghadapinya pada masa akan datang. Adakah anda bersedia? Terutamanya kepada kaum adam yang bakal menjadi suami, disini terdapat beberapa tips untuk anda.

Advertisement

1. Emosi Perempuan

Perempuan ni ada banyak emosi, kadang-kadang emosinya sedih, kadang-kadang gembira atau kadang-kadang diam secara tiba-tiba. Tidak menentu, kepada kaum Adam anda perlu tahu perkara ini, apabila sudah berumah tangga isteri tiba-tiba sedih, tiba-tiba marah ,tiba-tiba gembira. Mesti ada sesuatu yang difikirkan, atau mesti ada sesuatu yang menyentuh hati dan perasaannya.

Sebagai seorang suami. Jika anda kenal dan faham isteri anda, anda akan tahu bagaimana hendak memujuk dan menenangkan isteri anda. Ada isteri yang bila sedih dia tidak mahu siapa-siapa dekat dengannya. Dia boleh tenang semula. Tapi ada pula isteri yang perlu kan suaminya sewaktu dia sedih. Dia perlukan suami dia untuk pujuk dia, untuk tenangkan dia.

Jika isteri anda diam secara tiba-tiba, berkelakuan tidak ceria atau sewaktu buat kerja rumah dia secara tiba-tiba marah-marah. Mesti ada sesuatu yang serabut kan fikiran dia dan kamu wahai sang suami janganlah terus keras hati buat tidak tahu sahaja. Sayang isteri kan?

Dan kepada suami yang betul-betul faham emosi isteri anda janganlah rasa remeh terhadap perkara-perkara seperti ini. Kesedihan dan kemarahan isteri boleh berlarutan jika tidak dipujuk atau ditenangkan. Jika anda jenis yang tidak reti langsung pujuk isteri anda, cukuplah sekadar anda peluk isteri anda dan jadi pendengar dia.


Sumber : Syaisya.com

2. Kebahagiaan

Sebagai seorang suami isteri, masing-masing perlu lah mencari sesuatu hobi atau apa-apa perkara yang boleh buat kamu berdua bahagia dan mengurangkan tekanan masing-masing. Tidak boleh meletakkan satu beban itu kepada sebelah pihak sahaja seharusnya sama-sama perlu berkongsi masalah tersebut.

Buat lah perkara yang boleh mendatangkan kebahagiaan kepada sesuatu hubungan itu contohnya solat jemaah sama-sama, mengaji sama-sama, tengok TV sama-sama dan banyak lagi perkara yang boleh dibuat bersama-sama untuk mengeratkan lagi hubungan tersebut.


Sumber : Says.com

3) Kewangan

Kita semua sedia maklum, lelaki ni dia ada sifat untuk tidak berkongsi masalah kewangan, masalah kewangan yang dia hadapi dia akan simpan seorang diri. Jadi kepada kaum lelaki yang merangkap si suami. Seandainya kamu sudah berkahwin, kamu harus berkongsi segalanya dan tiada lagi rahsia antara pasangan. Sebagai isteri seharusnya kena mengambil peduli masalah pasangan. Dalam banyak-banyak kes perceraian ini adalah salah satu sebab besar kenapa penceraian itu berlaku ianya hanyalah kerana masalah kewangan.

Senaraikan perbelanjaan korang setiap bulan sebaik mungkin. Berapa pendapatan, senaraikan semua barang yang dibelib uat nota kewangan. Rajin-rajin kan lah bersedekah kerana lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita dapat.


Sumber : Bercinta Selepas Nikah

Setiap ujian yang menimpa pasangan haruslah kuat untuk menghadapinya.

Sumber : IIUMC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...