16 Februari yang lalu, Altimet telah pun memberikan persembahan terakhirnya menerusi konsert “The Last Altimet Show”. Bertempat di Dewan Merdeka, PWTC, Altimet telah ditemani oleh rakan-rakan artis yang lain seperti Aizat Amdan, DJ Fuzz, Zizi Kirana, Awi Rafael, Aman Ra dan ramai lagi. Ternyata konsert terakhir Altimet ini memang padu, mantap dan menjadi satu kenangan terindah buat para peminat penyanyi rap tersebut.
Namun seperti biasa, masih ada netizen yang tidak berpuas hati dengan Altimet walaupun tidak mengenali penyanyi itu secara peribadi. Walaupun sudah menegaskan bahawa konsert ini adalah konsert terakhirnya, ada yang sengaja mengusik, merendah-rendahkan dan membandingkan Altimet dengan penyanyi rap yang lain. Ini adalah satu perbuatan yang memalukan, lebih-lebih lagi Altimet merupakan satu nama besar di dalam industri nyanyian tanah air. Kesemua kutukan dan cacian ini telah berlaku di laman sosial Facebook.
Seorang pengguna Twitter telah pun merungkaikan persoalan mengapa perkara ini boleh terjadi terhadap Altimet. Menarik juga perkongsian yang dilakukan. Boleh digunapakai untuk kita memahami kenapa sesetengah netizen bersikap sebegini.
Apa pun Altimet sudah pun bersara daripada dunia nyanyian tanah air. Kita seharusnya menghargai apa yang telah dilakukan olehnya untuk menaikkan lagi martabat nyanyian dengan lagu-lagu yang mempunyai lirik yang cukup bermakna. Bukan senang nak mencari seorang penyanyi seperti Altimet. Mungkin selepas ketiadaannya kelak, barulah kita menghargai kewujudannya satu ketika dahulu. Buat Altimet, all the best untuk apa jua yang akan anda ceburi pada masa hadapan.