“Persaingan & Kesungguhan Murid Berkurangan” – Bekas Menteri Pendidikan Mahu UPSR & PT3 Dikembalikan

Berita

“Persaingan & Kesungguhan Murid Berkurangan” – Bekas Menteri Pendidikan Mahu UPSR & PT3 Dikembalikan

Melalui laporan Harian Metro, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) wajar dikembalikan semula kerana ia terbukti menjadi teras kepada aspek kemenjadian murid serta pelajar.

Kembalikan UPSR dan PT3

Beliau mengulas mengenai hal tersebut selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercadang supaya sistem peperiksaan untuk tahun enam dan tingkatan tiga dirombak.

Advertisement

Saya berpandangan bahawa peperiksaan UPSR dan PT3 itu ada nilainya yang tersendiri dan ia menjadi satu komponen penting dalam sistem pendidikan kita sejak sekian lama kita menggunapakainya.

bekas menteri pendidikan

Kata Mahdzir, keputusan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memansuhkan UPSR dan PT3 pada 2022 lalu dibuat dalam situasi yang tergesa-gesa tanpa melakukan penyelidikan secara mendalam.

Masalah membaca, menulis dan mengira meningkat

Susulan itu, beliau merasakan saranan oleh Ahmad Zahid perlu diambil serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana kesan pemansuhan UPSR dan PT3 mula dapat dilihat apabila berlakunya keciciran sebanyak 10,177 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu berpunca daripada masalah membaca, menulis dan mengira (3M).

upsr

Saya juga melihat daripada sudut tahap persaingan dan kesungguhan murid tahun enam dan pelajar tingkatan tiga yang agak berkurangan apabila tiada peperiksaan UPSR dan PT3. Sebelum ini, murid dan pelajar berada dalam suasana persaingan dan kesungguhan yang cukup tinggi untuk mencapai kejayaan.

7 months ago

"Pantau Influencer Kata SPM Tak Penting, Bagi Hukuman!" - Lebih 10K Pelajar Tak Hadir Duduki SPM 2023, Ibu Bapa Salahkan 'Influencer'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...