Seorang sahabat lama kepada isteri Hafidz Roshdi, Shuhada mendedahkan bahawa wanita itu tidak dibenarkan berkawan kerana dihalang oleh pelakon itu.
Kata individu itu, mereka berdua tidak dibenarkan berhubung setelah Shuhada dan Hafidz bernikah pada tahun 2016.
Pendedahan individu itu kemudiannya dimuat naik kembali Shuhada menerusi Instagram Story miliknya baru-baru ini.
Kepada sahabat lama saya. Awak tahu awak siapa. Sejujurnya, awak bukan sahaja seorang kawan malah saya dah anggap seperti adik sendiri.
Kita sudah tidak lagi berhubung selepas awak kahwin pada 2016, persahabatan dihalang oleh orang yang toksik tu.
Berikutan kes perceraian antaran Shuhada dan Hafidz, individu itu berharap agar mereka berdua dapat menjadi seperti dulu dan bersahabat kembali setelah 7 tahun terpisah.
Shuhada kemudian membalas hantaran individu berkenaan dengan emoji menunjukkan rasa syukur kerana dapat berhubung kembali setelah sekian lama.