Perpustakaan Kuala Lumpur TTDI Dibuka Semula Dengan Rekaan Terbaharu Selepas Dua Tahun Ditutup

Kehidupan

Perpustakaan Kuala Lumpur TTDI Dibuka Semula Dengan Rekaan Terbaharu Selepas Dua Tahun Ditutup

Perpustakaan Awam di Kuala Lumpur, TTDI kembali dibuka setelah dua tahun ditutup untuk pengubahsuaian sejak tahun 2017. Apa yang menariknya, kali ini pelbagai kemudahan dan fasiliti baru disediakan untuk pengguna.

Perpustakaan ini diubah suai dengan reka bentuk dan hiasan yang lebih moden. Dan yang lagi best nya, ruangan khas untuk kanak-kanak juga dinaik taraf untuk menarik minat mereka ke perpustakaan.

Advertisement

perpustakaan ttdi
perpustakaan ttdi
Perkhidmatan baru turut ditawarkan dan penambahan koleksi buku yang lebih banyak dari sebelumnya. Selain itu, rekaan hiasan dalaman yang berwarna warni menjadi tarikan di ruangan kanak-kanak.

perpustakaan
perpustakaan
perpustakaan ttdi
Bukan itu sahaja, pelbagai fasiliti baru diperkenalkan untuk menarik perhatian golongan kanak-kanak. Ada meja interaktif, sudut internet, ruangan permainan dan bilik wayang!

perpustakaan
perpustakaan
library
Maknanya selain daripada baca buku ada banyak lagi aktiviti lain yang anak-anak anda boleh lakukan di sini. Kalau tidak, mungkin mereka rasa perpustakaan satu tempat yang bosan kan?

Jadi lepas ni kalau nak main game boleh terus datang Perpustakaan TTDI Kuala Lumpur.

perpustakaan

Ruangan membaca juga diubah suai dengan gaya yang lebih moden dan selesa untuk pembaca.

perpustakaan
perpustakaan

Alamat :

Pusat Komuniti TTDI,
Lot 31204, Jalan Athinahapan,
Taman Tun Dr Ismail,
6000 Kuala Lumpur.

No. Telefon
+603 7726 6310

Waktu Operasi
Isnin (2pm – 6.45pm)
Selasa – Jumaat (10am – 6.45pm)
Sabtu dan Ahad (10am – 5pm)
Tutup pada cuti umum dan minggu pertama setiap bulan.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...