“Perpaduan “Formula” Untuk Maju Ke Depan, Bukan Keganasan Atau Kebencian” – TMJ

Trending

“Perpaduan “Formula” Untuk Maju Ke Depan, Bukan Keganasan Atau Kebencian” – TMJ

Laman Facebook Johor Southern Tiger semalam telah memuat naik satu video parodi ‘aksi baju merah’ yang dilakonkan sendiri oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersama beberapa individu lain.

Advertisement

Di kapsyen video tersebut TMJ turut menjelaskan dia tidak berpihak kepada mana-mana pihak (merah atau kuning) tetapi baginda menegaskan bahawa keganasan dan kebencian bukanlah cara untuk bergerak ke hadapan.

“Saya tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning. Saya berada bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan. Kerana perpaduan adalah ‘formula’ untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian.

“Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang.”, tulis kapsyen tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...