Perompak Tak Jadi Mencuri Selepas Pemilik Laung Azan

Trending

Perompak Tak Jadi Mencuri Selepas Pemilik Laung Azan

Hasrat seorang perompak untuk terus menambah hasil rompakan tidak tercapai selepas pemilik kedai emas di Kota Bharu, Kelantan melaungkan azan. Terkejut dengan laungkan azan tersebut, perompak itu terus melarikan diri.

Advertisement

Namun, perompak berkenaan sempat mengambil wang tunai dan barangan kemas bernilai RM40,000 dalam kejadian jam 9.20 pagi di Jalan Buluh Kubu.

Anak kepada pemilik kedai yang dikenali sebagai Yuni, 18, berkata ketika itu dia bersama ibunya yang juga pemilik kedai dan seorang ustaz datang untuk mengajar mereka mengaji al-Quran berada di sebuah bilik di kedai terbabit.

Seorang lelaki meluru dan mengacukan parang ke leher ustaz sebelum mengarahkan pemilik supaya menyerahkan telefon bimbitnya.

Lelaki itu kemudian mengambil beg tangan pemilik yang mengandungi wang dan barang kemas seperti rantai, loket serta gelang yang berada di meja berdekatan.

Sebelum perompak tersebut melarikan diri, dia cuba membuka cermin pameran barangan kemas, namun tidak berjaya dan melarikan diri selepas pemiliknya melaungkan azan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...