Perompak Berkain Pelikat Tumpas, Polis Selesaikan Kes Samun Kedai Serbaneka

Trending

Perompak Berkain Pelikat Tumpas, Polis Selesaikan Kes Samun Kedai Serbaneka

Jenayah merompak dan samun bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam negara kita. Banyak sudah kita dengar tentang individu yang cedera akibat disamun malah lebih teruk lagi, ada juga mangsa yang terkorban ketika ingin mempertahankan diri serta keluarga daripada perompak.

Kes rompak dan samun ini sememangnya membimbangkan kita kerana tanpa kita sedari, kita boleh menjadi mangsa jenayah tersebut. Faktor berlakunya kes ini mungkin disebabkan kealpaan masyarakat yang membuka ruang kepada sesetengah individu untuk melakukan jenayah tersebut.

Advertisement

5 bulan lalu

Kurang Seminit Buat 'Kerja', Pasangan Kekasih Menyamar Runner Samun RM40,000 & Emas 2KG

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, jenayah samun antara kes yang mencatatkan peningkatan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Polis berjaya tahan perompak berkain pelikat

Menurut Harian Metro, polis berjaya menahan penjenayah berkain pelikat sekali gus menyelesaikan lima kes samun yang membabitkan kedai serbaneka dan kedai runcit di Kuantan.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek jenayah tersebut yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan di rumah keluarganya di Sungai Soi, Kuantan, kelmarin.

Sejak pertengahan September lalu, pihak polis telah mengesan kegiatan seorang lelaki melakukan jenayah kekerasan iaitu samun bersenjatakan parang di daerah Kuantan. Sebanyak lima laporan diterima membabitkan kejadian samun kedai serbaneka dan kedai runcit.

Sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan berjaya menahan lelaki tersebut selepas mereka bertindak atas maklumat kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Indera Mahkota pada 12.30 tengah malam kelmarin.

Perompak Berkain Pelikat

Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu (tengah) menunjukkan rampasan barang kes termasuk kain pelikat digunakan suspek – Sumber Harian Metro

“Hasil tangkapan itu, sebilah parang, sebuah telefon bimbit dan kain pelikat dipakai perompak ketika kejadian dirampas,” kata Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

Tambah beliau lagi, suspek melakukan samun secara bersendirian dengan memakai kain pelikat yang turut digunakan untuk menyembunyikan parang.

Lelaki yang bekerja sebagai tukang kebun itu berpura-pura masuk ke dalam premis untuk membeli barang sebelum mengacukan senjata untuk menakutkan mangsa.

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif syabu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda dan sebat. Suspek ditahan reman sehingga 24 Oktober ini.

Dengan penahanan lelaki tersebut, polis berjaya menyelesaikan lima kes samun yang dilaporkan berlaku di daerah Kuantan sejak pertengahan September lalu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...