Peroleh Skor Tertinggi, Malaysia Diiktiraf Raja Pelancongan Halal Di Dunia

Kehidupan

Peroleh Skor Tertinggi, Malaysia Diiktiraf Raja Pelancongan Halal Di Dunia

Industri pelancongan halal terus berkembang pesat dan dua buah negara Asia Tenggara kini menguasai carta sebagai destinasi utama bagi pelancong Muslim.

Menurut laporan Global Muslim Travel Index (GMTI) 2024, Indonesia dan Malaysia berkongsi kedudukan teratas dengan skor tertinggi sebanyak 76 mata. Pengiktirafan ini menjadikan kedua-dua negara sebagai pilihan utama bagi pelancong Muslim yang mencari pengalaman perjalanan mesra halal.

Advertisement

Global Muslim Travel Index (GMTI) 2024

Indonesia buat lonjakan besar dalam sektor pelancongan halal

Dalam tempoh hanya 10 tahun, Indonesia telah mencatat kemajuan luar biasa dalam sektor pelancongan Muslim. Jika pada tahun 2015 negara ini berada di tangga ke-6, kini ia berjaya menyamai kedudukan Malaysia di tempat pertama.

Indonesia semakin dikenali sebagai destinasi pilihan pelancong Muslim dari Timur Tengah, Eropah, dan Asia Selatan. Dengan gabungan budaya yang kaya, keindahan alam semula jadi, serta kemudahan halal yang meluas, negara ini semakin menarik perhatian pelancong Muslim global.

masjid

Malaysia mendominasi pelancongan halal lebih sedekad

Malaysia bukanlah pendatang baru dalam industri ini. Sejak lebih sedekad lalu, Malaysia telah mendominasi carta pelancongan halal kerana infrastrukturnya yang kukuh.

Dari hotel hingga pusat membeli-belah, semuanya mesra Muslim dan dilengkapi dengan pensijilan halal yang ketat serta dipercayai. Selain itu, standard halal JAKIM yang diiktiraf di peringkat global menjadikan Malaysia destinasi pilihan utama bagi pelancong Muslim yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan.

pavilion

Walaupun Malaysia dan Indonesia kini berada di tangga yang sama, persaingan antara kedua-dua negara semakin sengit. Dengan perkembangan pesat pelancongan halal di Indonesia, ramai berpendapat Malaysia perlu memperkenalkan inovasi baharu untuk mengekalkan dominasinya dalam sektor ini.

Walaupun masih dianggap sebagai destinasi paling stabil dan mesra Muslim, cabaran untuk terus menarik lebih ramai pelancong Muslim global semakin meningkat.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

1 hour ago

"Kita Semua Rakyat Malaysia, Tidak Perlu Label Type M, C Atau I.." - Senator Datuk Abdul Halim Suleiman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...