Platform sosial media dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan jika pandai menguruskannya. Seorang remaja berusia 17 tahun dari bandar Milton Keynes, England memperoleh pendapatan £10,000 (RM58,236) sehari sekaligus lebih tinggi berbanding gaji ibu bapanya yang bekerja sebagai penasihat kewangan.
Menurut akhbar The Sun, remaja yang dikenali sebagai Alicia Breuer telah membuka akaun Tik Tok pada Jun 2020 dan banyak melakukan aksi gerak bibir atau ‘lip sync’.
Alicia yang pada mulanya merancang untuk menyambung pengajian di peringkat universiti terpaksa menangguhkannya selepas berjaya mendapat tajaan jenama besar seperti Lancome, Urban Outfitters, Boohoo dan Fenty Beauty.
“TikTok membolehkan saya melakukan ‘sesuatu’ semasa pandemik”.
Video pertama Alicia yang menjadi tular adalah menampilkan gerak bibir lagu penyanyi popular Katy Perry, Teenage Dreams. Selain itu, kandungan Tik Tok turut mellibatkan fesyen dan teknik solekan.
“Jika saya terus memperoleh pendapatan sehingga £10,000 sehari, saya akan fokus kepada penghasilan video dan tidak perlu belajar di universiti”.
“Video fesyen juga hanya mengambil masa sekitar satu jam”.
Biarpun sudah tiada perancangan untuk menyambung pengajian dalam bidang psikologi, Alicia berkata, pengajar di sekolahnya menyokong perjalanan kerjaya yang dipilihnya.
“Dua rakan karib amat menyokong kerjaya ini namun jika mereka yang menjalani hidup seperti saya, saya yakin akan berasa cemburu”.