“Perokok Juga Manusia, Bukan Sampah Sarap”-Bantah Larangan Merokok Di Restoran Terbuka

Trending

“Perokok Juga Manusia, Bukan Sampah Sarap”-Bantah Larangan Merokok Di Restoran Terbuka

Semua sedia maklum pihak kerajaan akan menguatkuasakan bantahan merokok di semua restoran terbuka bermula 1 Januari tahun hadapan.

Arahan larangan merokok di premis makanan itu membabitkan semua restoran dan warung-warung makanan di tepi jalan.

Advertisement

Arahan itu sudah lama wujud namun hanya membabitkan restoran-restoran tertentu saja.

Justeru itu, kali ini semua restoran dikenakan arahan sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka.

Ramai yang menyokong tindakan ini terutama ibu-ibu yang risau tentang kesihatan anak merek dan juga golongan yang tidak merokok.

Tetapi bukan semua pihak setuju dengan undang-undang baru itu. Tiga persatuan yang mewakili lebih 20,000 pengusaha restoran di negara ini mengadakan demonstrasi aman di depan bagunan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) bagi memantah penguatkuasaan itu.

Tiga persatuan terbabit ialah MSCSPGA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas).

Mereka merasakan tindakan kerajaan itu menidakkan hak mereka sebagai pemilik premis makanan dalam membuat keputusan itu.

Kementerian Kesihatan sepatutnya mendapatkan pandangan mereka terlebih dulu sebelum membuat keputusan berkenaan.

“Kedai makan kami bukan milik majlis perbandaran mahupun kerajaan.

“Kami membina perniagaan dengan penat lelah. Oleh itu bukankah pandangan kami lebih penting daripada pihak-pihak tidak berkenaan.”- Presiden MSCSPGA

Perokok juga manusia biasa bukannya sampah sarap.

Tindakan mereka ini bukan lah bermakna persatuan terbabit menggalakkan pelanggan merokok, cuma mereka mahu semua pihak mendapat hak masing-masing.

Selain itu, para peniaga ini cuma inginkan hak untuk menyediakan khidmat bagi kedua-dua jenis pelanggan iaitu yang merokok dan tidak merokok.

Perniagaan akan terjejas

Kerajaan perlu mengambil kira kesan yang akan diterima peniaga sekiranya melaksanakan larangan berkenaan dan berharap agar arahan tersebut dikaji semula.

Di negara-negara luar, kerajaan mereka menyediakan tempat khusus bagi perokok tanpa diskriminasi selain turut membenarkan perokok merokok di kedai-kedai makan terbuka.

Para peniaga ini semua berharap akan ada perbincangan dan mendapatkan keputusan dan win-win situation yang boleh memberi manfaat kepada peniaga dan kerajaan.

Sumber: Malaysia Kini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...