Perogol Di Indonesia Bakal Dikembiri, Dipantau Guna Mikrocip

Trending

Perogol Di Indonesia Bakal Dikembiri, Dipantau Guna Mikrocip

Perogol yang telah disabitkan bersalah di Indonesia kini berdepan dengan hukuman berat–selain dikembirikan, mikrocip akan dipasangkan di kaki mereka setelah menghabiskan hukuman penjara.

BERNAMA melaporkan, Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia Puan Maharani berkata kerajaan telah bersetuju menguatkuasakan hukuman tersebut dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Joko Widodo hari ini.

Advertisement

handsMedia dalam talian menulis Puan Maharani memberitahu bahawa mikrocip tersebut dipasang untuk membolehkan pesalah dipantau dan masyarakat tahu mereka pernah merogol.

Dalam mesyuarat khas itu, kerajaan akan mengeluarkan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-Undang (PERPU) untuk menetapkan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi melindungi kanak-kanak dari jenayah seks.

Buat masa ini hukuman jenayah rogol di Indonesia ditetapkan tidak lebih 10 tahun.

Di samping itu, identiti pesalah juga akan senantiasa diterbitkan walaupun telah menjalani hukuman.

Dia berkata Presiden Jokowi mahukan hukuman berat kepada perogol sebagai bukti komitmen kerajaan untuk melindungi kaum wanita khususnya kanak-kanak.

Sementara itu, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly berkata pengembirian akan dilakukan secara proses kimia setelah pesalah dibebaskan, dan mikrocip dipasang di kaki untuk memantau pergerakan pesalah. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.