Perogol Dan Pembunuh Yuyun Dibicarakan Semula, Lima Kini Berdepan Hukuman Mati

Trending

Perogol Dan Pembunuh Yuyun Dibicarakan Semula, Lima Kini Berdepan Hukuman Mati

Kuasa viral dan persepsi masyarakat boleh mengubah keputusan hukuman mahkamah untuk jenayah. Itulah yang terjadi kepada 12 dari 14 suspek kes rogol dan bunuh Yuyun, remaja Indonesia berusia 14 tahun.

Remaja itu yang hilang di kampungnya pada awal April lepas ditemui maut di dalam jurang berhampiran kampungnya dalam keadaan yang menyedihkan selepas tiga hari.

Hasil bedah siasat menunjukkan pinggang gadis kecil itu patah, kemaluan dan duburnya menyatu dengan kesan cekikan di leher serta luka di belakang kepala setelah dirogol bergilir-gilir dan dibunuh oleh mereka.

Advertisement

Pada mulanya kisah Yuyun tidak mendapat perhatian media Indonesia, namun setelah viral, ia bukan saja dibincangkan di Indonesia malah di Malaysia dan negara-negara lain.

Lakonan semula perlakuan jenayah terhadap Yuyun di bawah pengawasan polis

Fajar Indonesia melaporkan, sehubungan itu tujuh defendan yang masih di bawah umur yang sebelumnya dihukum 10 tahun penjara bakal dibicarakan semula kerana hukuman yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan serta kurang menyenangkan masyarakat sekitar.

Manakala lima lagi defendan dewasa sebelumnya dijatuhkan hukuman 19 tahun.  Polis Bengkulu kini memperhalusi kes bagi membolehkan ia dibicarakan semula di bawah akta-akta tertentu yang bakal menetapkan mereka dihukum mati.

Dua lagi suspek masih menghilangkan diri dan berada dalam buruan polis.

Sebelum itu, kes Yuyun yang juga mendapat perhatian Presiden Indonesia, Joko Widodo. Ia menyebabkan satu undang-undang baru digubal dalam mesyuarat khas, menetapkan perogol yang telah disabitkan bersalah di Indonesia berdepan dengan hukuman dikembirikan.  Mikrocip akan dipasangkan di kaki mereka setelah menghabiskan hukuman penjara bagi tujuan pemantauan.

Kesemua pelaku berada di bawah pengaruh minuman keras semasa melakukan jenayah tersebut dan mengakui gemar menonton video pornografi di telefon bimbit.

Kesemua defendan bawah umur ialah rakan sekolah Yuyun bagaimanapun telah dibuang sekolah sebelumnya.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.