Perodua Myvi 2018 Terbaru Dilengkapi Advance Safety Assist (ASA), Harga dari RM44k-RM55k

Trending

Perodua Myvi 2018 Terbaru Dilengkapi Advance Safety Assist (ASA), Harga dari RM44k-RM55k

Hari ini Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh telah memperkenalkan model terbaru Myvi untuk tahun 2018. Menurut beliau “Myvi serba baru ini menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya (upper body) dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar.”

Advertisement

Myvi generasi ketiga ini didatangkan dengan rekaan yang lebih bergaya, dengan keselesaan dan keluasan yang dinaik taraf untuk kesuaian pengguna di Malaysia. Dimana rekaan terbaru ini lebih panjang, lebih rendah serta lebih lebar berbanding model Myvi yang terdahulu.

Lima varian untuk Myvi akan ditawarkan kepada pembeli iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT).

Fungsi Eco Idle pertama kali digunakan untuk Myvi dan ditawarkan untuk 3 model paling tinggi iaitu 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Eco Idle adalah fungsi dimana enjin akan dimatikan seketiga ketika brek ditekan (dalam keadaan kereta tidak bergerak) dan enjin akan hidup semula apabila brek dilepaskan.

Myvi 2018 juga merupakan kereta pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih iaitu varian tertinggi 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) yang mempunyai fungsi Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Semua varian Myvi 2018 dilengkapi ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standard. Varian 1.5L akan dilengkapi dengan enam beg udara, sementara varian 1.3L dengan empat beg udara.

Perodua menawarkan enam pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green (warna baru untuk varian 1.3L) dan Granite Grey (warna baru untuk varian 1.5L).

Antara ciri lain yang didatangkan untuk versi baru ini adalah sistem tanpa kunci dengan butang Push Start, nisbah lipatan kerusi belakang 60:40 dan sensor undur. Varian 1.3L akan hadir dengan rim 14 inci, manakala varian 1.5L dengan rim 15 inci.

Perodua Myvi 1.3 Standard G
RM44,300 (MT)
RM46,300 (AT)

Hadir standard dengan:

Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
1,329 cc, empat-silinder petrol
94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm (angka anggaran yang diambil dari Bezza 1.3)
Manual lima kelajuan atau Automatik empat-kelajuan E-AT
Lampu hadapan LED dengan fungsi auto off dan follow-me-home
Pelaras lampu hadapan
Lampu belakang LED dengan lampu panduan
Penderia undur
Rim aloi 14-inci
Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin
Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
Poket sisi (untuk telefon bimbit) pada tempat duduk hadapan
Empat beg udara (dua hadapan dan hadapan sisi)
ABS dan EBD
Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC)
Kawalan Traction (TRC)
Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
Waranti lima-tahun/150,000 km
Disasarkan untuk mendapat lima-bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP

Perodua Myvi 1.3 Premium X
RM48,300 (AT)

Ditambah dengan:

Sistem start-stop enjin automatik Eco-idle
Kemasan luaran dan dalaman tambahan (belum didedahkan)

Pilihan warna untuk Myvi 1.3:

Ivory White (solid)
Glittering Silver (metalik)
Mystical Purple (metalik)
Lava Red (metalik)
Peppermint Green (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.3

Perodua Myvi 1.5 High
RM51,800 (AT)

Ditambah dengan:
Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
1,496 cc, empat-silinder petrol
106 hp pada 6,000 rpm, 140 Nm pada 4,200 rpm (angka anggaran yang diambil dari Vios 1.5)
Empat-kelajuan E-AT
Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km seliter
Rim aloi 15-inci dua-tona
Kit badan hadapan dan skirt sisi (dua tona)
Bampar belakang dua-tona
Spoiler belakang
Pembaca tol bina-dalam (bersepadu dengan SmartTag)
Enam beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai)

Perodua Myvi 1.5 Advance
RM55,300 (AT)

Ditambah dengan:
Advanced Safety Assist (ASA)
Amaran Pra-pelanggaran
Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
Amaran Pergerakan Kehadapan
Kawalan Salah-operasi Pedal

Pilihan warna untuk Myvi 1.5:
Ivory White (solid)
Glittering Silver (metalik)
Mystical Purple (metalik)
Lava Red (metalik)
Granite Grey (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.5

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...