Melalui posting terbaru dari laman rasmi facebook Perodua. Pelancaran untuk model terbaru Myvi akan dilakukan p0ada 16 November ini.
Perodua Myvi 2018 dikatakan hadir dengan pelbagai fungis yang menarik seperti lampu LED, Button Start serta didatangkan dengan enjin baru dengan pilihan enjin 1.3 liter dan 1.5 liter Dual VVTi.
Bagi versi spec yang lebih tinggi ia juga didatangkan dengan enam bag udara dan system keselamatan ASA yang terdiri daripada empat sistem berbeza – Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB) (mirip kepada autonomous emergency braking, AEB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).
Model terbaru ini adalah rekaan tulen dari Perodua sendiri, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata “Myvi serba baru ini menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya (upper body) dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar.”
Dimana ia menjawab persoalan yang berlegar di laman internet tenatng penggunaa rekaan dari kereta pengeluar lain seperti Daihatsu Boon atau Toyota Passo.