Perodua Bezza merupakan kereta setan pertama keluaran Perodua. Bezza merupakan hasil rekaan anak Malaysia dengan bantuan kejuruteraan oleh Daihatsu Motor Company.
Bezza didatangkan dengan 5 varian iaitu 1.0 litre transmisi manual dan transmisi automatik. 1.3 litre “Premium X” manual dan automatik. 1.3 litre “advanced version” transmisi automatik.
Bezza Adavanced Version didatangkan sistem keselamatan yang tinggi. vehicle stability control (VSC) digunakan untuk memastikan pemanduan yang stabil dan lancar.
Bezza dilengkapi dengan enjin keluaran terbaru iaitu 1.0 litre 1KR-VE dengan VVT-i dan 1.3 litre 1NR-VE dengan Dual VVT-i.
Sistem ‘Eco Idle’ hanya berada pada Advanced Version sahaja dan sistem ini mampu membantu penggunaan petrol yang minima. Dengan sistem ini, Bezza dapat mencapai jarak 792km pemanduan dengan tangki penuh. Eco Idle akan mematikan enjin jika berada dalam mood tidak bergerak dan akan hidupkan enjin selepas brek dilepaskan.
Warna yang hadir untuk 1.3 varian adalah Sugar Brown dan Ocean Blue iaitu warna metalic baru bagi Perodua serta warna lain termasuk Lava Red, Ebony Black, Glittering Silver & Solid Ivory White.