Kalau sebelum ini rakyat Malaysia terpukau dengan model Proton Saga yang terbaharu, kali ini kita bakal melihat model terbaharu Perodua Axia 2019 tidak lama sahaja lagi. Walaupun reka bentuk model belum didedahkan lagi tetapi nampaknya ramai yang sudah tidak sabar menunggu.
Apa yang dapat dipastikan, rekaan kali ini menampilkan rekabentuk seakan SUV kompak. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, model ini ditawarkan dengan enam varian dan pengenalan varian baharu Style bagi disesuaikan dengan personaliti setiap rakyat Malaysia.
Enam variasi yang dimaksudkan merangkumi spesifikasi E,G, GXtra, Style, SE dan AV dimana model dengan spesifikasi terendah ditawarkan dengan harga RM24,090.
Ia turut dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0) yang pertama kali diperkenalkan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) Aruz pada Januari lalu serta terdapat pada Myvi generasi ketiga melalui ASA generasi pertama.
Terdapat lima pilihan warna ditawarkan dengan satu warna baharu iaitu Oren Sunrise Metalik selain Merah Lava, Biru Midnight, Perak Glittering dan Putih Ivory.