Perodua Axia 2019 Hadir Dalam Enam Varian Dengan Rekaan Seakan SUV

Automotif

Perodua Axia 2019 Hadir Dalam Enam Varian Dengan Rekaan Seakan SUV

Model Perodua Axia sememangnya antara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia bukan sahaja kerana rekaan yang kecil tetapi juga menjimatkan penggunaan minyak.

Lagi-lagi dengan kemunculan model terbaru Perodua Axia 2019 dengan rekaan terbaru yang lebih hebat. Kali ini didatangkan di dalam enam varian iaitu varian standard, E, GXtra, Style, Advance dan SE.

Advertisement

perodua axia 2019
Dilengkapi dengan enjin 1.0 liter tiga slinder yang dipadankan bersama dengan kotak gearbox manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.

Bagi mereka yang mementingkan penjimatan minyak, anda berpeluang mendapatkan 21.5 kilometer (varian automatik) untuk satu liter manakala 22.5 kilometer (varian manual) pada setiap liter.

Dengan ciri-ciri keselamatan seperti Vehicle Stability Control (VSC) dan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 menjadikan Perodua Axia 2019 antara model dengan ciri keselamatan yang baik untuk harga RM43,000 dan kebawah.

perodua axia 2019
Bagi varian Style, penambahan Grill bahagian hadapan dan sport rim menjadikan rekaan sedikit berbeza yang menampakkan seakan SUV. Istimewa bagi varian Style, ia turut didatangkan dengan warna eksklusif Oren Sunrise yang menawan.

Advertisement

perodua axia 2019
perodua axia 2019
Harga bagi Perodua Axia 2019 adalah seperti berikut:

Axia Standard E – RM24,090
Axia Standard G – RM33,490
Axia GXtra – RM34,990
Axia Style – RM38,890
Axia SE – RM38,890
Axia Advance – RM43,190

Anda boleh ke laman rasmi Perodua bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai model Perodua Axia 2019.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...