Model Perodua Axia sememangnya antara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia bukan sahaja kerana rekaan yang kecil tetapi juga menjimatkan penggunaan minyak.
Lagi-lagi dengan kemunculan model terbaru Perodua Axia 2019 dengan rekaan terbaru yang lebih hebat. Kali ini didatangkan di dalam enam varian iaitu varian standard, E, GXtra, Style, Advance dan SE.

Bagi mereka yang mementingkan penjimatan minyak, anda berpeluang mendapatkan 21.5 kilometer (varian automatik) untuk satu liter manakala 22.5 kilometer (varian manual) pada setiap liter.
Dengan ciri-ciri keselamatan seperti Vehicle Stability Control (VSC) dan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 menjadikan Perodua Axia 2019 antara model dengan ciri keselamatan yang baik untuk harga RM43,000 dan kebawah.



Axia Standard E – RM24,090
Axia Standard G – RM33,490
Axia GXtra – RM34,990
Axia Style – RM38,890
Axia SE – RM38,890
Axia Advance – RM43,190
Anda boleh ke laman rasmi Perodua bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai model Perodua Axia 2019.