Perodua Ativa Dilancarkan, Ini Harga Rasmi Bagi Ketiga-Tiga Varian

Automotif

Perodua Ativa Dilancarkan, Ini Harga Rasmi Bagi Ketiga-Tiga Varian

Perodua Ativa yang merupakan model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaru daripada pengeluar nasional telahpun dilancarkan gais. Apa pandangan korang dengan design dia?

Untuk pengetahuan, Perodua Ativa ini didatangkan dengan enjin 1.0L Turbo dengan transmisi D-CVT. Secara tak langsung, ini merupakan kereta pertama dari Perodua yang menggunakan enjin turbo dan transmisi CVT gais. Ia didatangkan dengan tiga varian iaitu X, H dan AV.

Advertisement

Apa yang menariknya, Perodua Ativa ni dilengkapi dengan Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada semua varian. Sistem ini mampu mengesan kenderaan dua roda iaitu basikal ataupun motosikal dan ianya boleh beroperasi pada halaju yang tinggi gais. Memang terbaik!

Ciri ASA yang ada pada semua varian Perodua Ativa ni ialah Pencegahan dan Amaran Tukar Lorong (LDWP). Untuk varian AV pula, ia ditambahkan lagi dengan ciri Kawalan Kekal Lorong (LKC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC). Pergh! Jauh beza betul varian AV ni.

Bukan tu jer, minyak Perodua Ativa ni pun boleh dikatakan jimat jugalah dalam kelas (SUV segmen-A). Ia menawarkan kadar penggunaan api sehingga 18.9km per liter gais.

Kesemua varian didatangkan dengan lampu depan LED. Bagi ciri extra pada varian H dan AV, ia didatangkan dengan lampu lampu suluh pandu adaptif (ADB), kluster instrumen TFT 7 inci dan unit infotainment skrin sentuh 9 inci dengan pengecaman suara.

Untuk varian X, ianya akan dijual pada harga RM61,500 dengan pilihan warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue.

Untuk varian H pula, ianya akan dijual pada harga RM66,100 dengan pilihan warna Glittering Silver, Granite Grey, Cobalt Blue, Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red.

Untuk varian paling tertinggi iaitu AV, ianya akan dijual pada harga RM71,200 dengan pilihan warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, dan Pearl Delima Red. Bagi yang berbumbung hitam pula dijual pada harga RM72,000.

Pembelian Perodua Ativa ini dipakejkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000km gais.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...