Pernikahan Marissa Dania Hakim Dan Aslam Disahkan Mahkamah Hari Ini – Peguam Syarie

Kehidupan

Pernikahan Marissa Dania Hakim Dan Aslam Disahkan Mahkamah Hari Ini – Peguam Syarie

Pasangan pempengaruh sensasi, Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid dijangka menerima pengesahan rasmi pernikahan mereka oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Menurut peguam syarie yang mewakili pasangan tersebut, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, keputusan mengenai pengesahan pernikahan yang berlangsung di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 bergantung kepada hasil prosiding siasatan permohonan pernikahan dari pihak Marissa.

Advertisement

Kalau hakim berpuas hati dengan prosiding hari ini, insya-Allah tengahari nanti semuanya dapat diselesaikan. Dalam sebutan lepas, hakim minta peguam sediakan hujah. Itu isyarat hakim sebenarnya sudah bersedia beri keputusan.

Kita kena ingat bila seseorang dakwa dia dah bernikah, bawa bukti dan dokumen lengkap, sekali pandang sahaja orang boleh tengok itu bukan palsu.

Jadi kalau dokumen itu betul, bukan palsu, hakim sudah boleh sahkan pernikahan mereka. Selesai tu maksudnya mahkamah boleh keluarkan perintah dan failkan pengesahan pernikahan mereka,” katanya kepada Kosmo! Online sekitar jam 11 pagi tadi.

Namun, sehingga waktu laporan dibuat, Marissa yang berusia 20 tahun dan Ahmad Aslam, 26, masih belum kelihatan di mahkamah meskipun sesi mereka dijadualkan berlangsung sebelum tengah hari.

Untuk rekod, pada 5 Mei lalu, pasangan itu hadir ke mahkamah sama bagi menjalani prosiding siasatan di pihak suami, namun berlaku kesilapan dalam pengisian borang permohonan.

Perkahwinan Marissa, anak kepada pelakon terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim, telah mencuri perhatian ramai selepas didedahkan oleh ibunya yang mendakwa pernikahan tersebut dilakukan secara rahsia di Thailand dua tahun lalu.

Lebih kontroversi, pernikahan itu juga dikatakan berlaku ketika isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan, sedang menunaikan ibadah umrah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Dah Enam Tahun Bercerai, Betty Benafe Masih Derita Tanggung Hutang Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...