“Pernikahan Kami Sah Mengikut Syarak..” – Aslam Ditemani Peguam Syariah Tampil Buat Penjelasan

Kehidupan

“Pernikahan Kami Sah Mengikut Syarak..” – Aslam Ditemani Peguam Syariah Tampil Buat Penjelasan

Personaliti media sosial, Ahmad Aslam, tampil bersama peguam syarie, Ammar Yaser, bagi memberikan penjelasan berhubung isu pernikahannya yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Menerusi satu hantaran di Threads, Aslam menjelaskan bahawa video tersebut dibuat bagi memperbetulkan keadaan serta mengelakkan salah faham berterusan dalam kalangan masyarakat, dengan penjelasan disampaikan bersama peguamnya.

Advertisement

“Saya Ahmad Aslam. Saya terpanggil untuk saya beri kenyataan atas sebab terlalu banyak fitnah atas diri saya berkenaan dengan isu pernikahan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ammar Yaser memaklumkan terdapat beberapa kekeliruan yang perlu diperjelaskan, termasuk dakwaan kononnya Aslam lewat mendaftarkan perkahwinan.

Menurutnya, walaupun terdapat kekangan tertentu dari segi prosedur, pihaknya berjaya memfailkan kes berkaitan dalam tempoh yang cepat.

“Kalau nak diikutkan apa yang Encik Aslam buat inilah proses yang paling cepat yang kita dapat laksanakan. Kalau ikutkan Encik Aslam tak boleh nak failkan lagi pun kes, apa-apa kes selepas daripada ini, tetapi kita berjaya untuk failkan kes ini.”

Tambah beliau lagi, pernikahan yang berlangsung di Thailand juga telah selesai sepenuhnya dan sah mengikut hukum syarak.

Abby Abadi Kesal Kes Cerai Marissa Dan Menantu Ditangguh – “Tolonglah Mahkamah Syariah, Isu Macam Ni Tak Boleh Nak..”

“Yang kedua, nikah yang telah berlaku di Thailand telah pun selesai. Kita telah menutup cerita di situ sebenarnya. Dan pernikahan ini adalah pernikahan yang sah mengikut hukum syarak,” ujarnya.

“Sijil nikah kita telah berjaya peroleh. Kalau tak ada sijil nikah, kita tak dapat nak buat proses yang seterusnya. Bagaimana rupa bentuk sijil nikah itu, akan ditayangkan oleh anak guam saya,” tambahnya.

Untuk rekod, Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-30 15:36:08

Abby Abadi Kesal Kes Cerai Marissa Dan Menantu Ditangguh - "Tolonglah Mahkamah Syariah, Isu Macam Ni Tak Boleh Nak.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...