Pernikahan Joy Revfa Dan Ray Imran Pada 2013 Adalah Sah-Mahkamah Syariah

Hiburan

Pernikahan Joy Revfa Dan Ray Imran Pada 2013 Adalah Sah-Mahkamah Syariah

Mah­kamah Tinggi Syariah  hari ini mengesahkan pernikahan usahawan produk kecantikan, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin, dengan suami terdahulu, Datuk Ray Imran di Thailand, empat tahun lalu di sisi hukum syarak adalah sah.

Advertisement

Utusan Online melaporkan, Hakim Syarie, Sa­lehan Yatim  membuat keputusan itu setelah berpuas hati dengan semua dokumen, saksi, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Mahkamah de­ngan ini mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak

Sehubungan itu, Salehan turut mengarahkan Joy, 30, dan Ray Imran atau nama penuh­nya, Datuk Mohd. Rayos Abdul Rahim, 46, agar mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling Jaya dengan segera.

Sebelum ini, Hafiz Hamidun mendakwa pernikahannya dengan Joy pada 1 Mei adalah tidak sah krana wujud unsur keraguan mengenai status perceraian Joy dengan Ray yang didakwa dihantar melalui aplikasi Whatsapp.

Dalam prosiding pengesahan itu,  Mohd. Zarif Mohd. Amin, 26, saksi yang juga adik lelaki Joy memberitahu, dia mengetahui bahawa kakaknya bernikah dengan Ray Imran di Songkhla, Thailand pada tarikh tersebut.

Saya tahu mereka bernikah tetapi tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di Malaysia

Sementara itu, Aznor Suhaida, peguam Joy memberitahu akan memfailkan pengesahan perceraian Joy dan Ray dalam masa terdekat.

Hafiz pernah memberitahu hanya berkenalan dengan Joy selama empat minggu dan berjumpa tiga kali sebelum bertunang dengan wanita itu. Bagaimanapun, Hafiz menambah yang mereka berhubung melalui aplikasi WhatsApp setiap hari. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...