Perniagaan Terjejas Kerana GST, Pembekal Kurma Heret Jabatan Kastam & Kerajaan Ke Mahkamah

Trending

Perniagaan Terjejas Kerana GST, Pembekal Kurma Heret Jabatan Kastam & Kerajaan Ke Mahkamah

Sebuah syarikat pengedar kurma mahu mengheret Jabatan Kastam dan kerajaan ke mahkamah selepas mendakwa perniagaannya terjejas kerana dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), lapor FMT.

Advertisement

Asia Kitchen Industries Sdn Bhd menambah GST memberi kesan ke atas pasaran kurma. Syarikat menambah ia tidak menentang GST sebaliknya hanya mahu kerajaan supaya berlaku jujur dan ikhlas.

“Jelas sekali kerajaan mengamalkan sistem dwi-standard terhadap orang Islam,” dakwa syarikat itu.

Ia berhujah, pihak kastam dan kerajaan gagal mengambil kira penganut agama Islam memerlukan kurma di bulan Ramadan.

Kurma merupakan makanan simbolik umat Islam di seluruh dunia ketika berbuka puasa. Writ saman difailkan pada 17 Jun oleh peguam A.B. Sidek & Co.Syarikat itu seterusnya mendakwa kerajaan tidak adil dan mengkhianati rakyat.

“Kenaikan kos sara hidup menyebabkan mereka merana.

“Kita sudah menulis kepada Kastam dan kerajaan pada 23 Mac meminta kurma dikecualikan daripada GST.”

Kerajaan dalam jawapan bertulis menjawab dasar tidak akan diubah bagi mengecualikan kurma daripada GST, dedah syarikat itu.

“Oleh kerana sambutan dingin kerajaan itu, kita tidak punya pilihan melainkan membawa kerajaan ke mahkamah demi mendapatkan keadilan.”

Syarikat itu juga mahu mahkamah memerintahkan agar kurma dimasukkan dalam barangan berkadar sifar GST, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Peguam Abu Backer Sidek bersetuju ia merupakan kali pertama saman berkaitan GST dibuat terhadap kerajaan.

“Kami sepatutnya menetapkan pengurusan kes pada Rabu di hadapan pendaftar.”

“Tetapi, peguam persekutuan (mewakili Kastam, kerajaan) tidak menampilkan diri.”

Pendaftar menetapkan 3 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya, kata peguam.

Abu Backer memberi amaran sekiranya wakil kerajaan gagal menampilkan diri pada 3 Ogos, syarikat mahu mahkamah membuat keputusan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...