Pernah Viral Kerana Mengutuk Nasi Lemak, Wartawan Ini Akui Keenakannya Selepas Mencuba Sekali Lagi

Trending

Pernah Viral Kerana Mengutuk Nasi Lemak, Wartawan Ini Akui Keenakannya Selepas Mencuba Sekali Lagi

Sebelum ini, wartawan dikenali sebagai Katie Morley viral di media sosial selepas memuatnaik gambar nasi lemak yang dipesannya di dalam penerbangan British Airways. Di dalam perkongsiannya itu, dia mengutuk hidangan tersebut yang tak sepatutnya dihidangkan di dalam penerbangan.

Baca: “Smelly Anchovies!”, Netizen Bengang Wartawan Luar Negara Kutuk Nasi Lemak Dalam Penerbangan

Advertisement

Susulan daripada perkongsiannya itu, ramai netizen Malaysia yang mencadangkan beliau untuk mencuba semula hidangan ini di tempat lain. Kemungkinan nasi lemak yang dihidangkan di dalam penerbangan British Airways itu tidak menepati citarasa sebenar hidangan nasi lemak.

Selepas menerima beberapa kritikan dan cadangan, beliau sekali lagi menyahut cabaran untuk mencuba hidangan nasi lemak semula. Dan benarlah seperti tekaan ramai, nasi lemak sememangnya sedap!

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan saya patut mencuba rasai keenakan nasi lemak yang sebenar. Anda sememangnya betul, ianya sangat sedap! Tidak sama seperti hidangan di dalam penerbangan hari itu…

Menurutnya, nasi lemak yang dicubanya kali ini langsung tidak sama seperti yang dihidangkan di dalam penerbangan tempoh hari. Semasa perkongsian sebelum ini dimuatnaik, ada juga yang bersetuju dengan beliau kerana hidangan di dalam penerbangan sememangnya berbeza terutamanya yang dihidangkan oleh syarikat penerbangan tersebut.

Sebelum ini, seorang YouTuber terbang jauh dari Greece untuk ke Malaysia semata-mata untuk merasai keenakan nasi lemak yang pernah dicubanya dahulu. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: “Saya Peminat Nasi Lemak”, YouTuber Ini Terbang Sejauh 9,600KM Ke Malaysia Demi Nasi Lemak

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...