Pernah Viral Beranak Czer Dua Kali Dalam Masa 11 Bulan, Wanita Sudah Bercerai Setelah Diduakan Suami

Kehidupan

Pernah Viral Beranak Czer Dua Kali Dalam Masa 11 Bulan, Wanita Sudah Bercerai Setelah Diduakan Suami

Sekitar tahun lalu, tular tentang seorang wanita yang terseksa gara-gara mengandung hanya beberapa bulan selepas melahirkan anak pertama melalui czer.

Tular rakaman mempamerkan wanita bernama Venny Alberti  itu sukar untuk berjalan kerana masih belum sembuh luka sakitnya melahirkan anak sehingga perlu dipapah oleh suaminya.

Advertisement

ibu hamil czer dah hamil semula
2 years ago

"Sakitnya Nak Tanggung!" - Lepas 2 Bulan 'Czer' Hamil Lagi, Isteri Terseksa Nak Jalan Lepas Kandungan Masuk 8 Bulan

 

Anak kedua belum enam bulan tapi dah cerai

Mengejutkan, tiba-tiba tersebar berita mengatakan Venny dan suaminya telah bercerai ketika anak kedua itu belum pun berusia enam bulan.

czer dua kali

Menerusi Instagram story, Venny sendiri telah menunjukkan dokumen cerai yang telah ditandatangan olehnya dan turut berkongsi tangkap layar perbualan dengan seorang wanita bernama Novita Sari yang didakwa merupakan skandal suaminya, Akash.

czer dua kali

 

Bukan sebab curang – Akash

Suaminya bagaimanapun menafikan hal itu dan tampil memberikan penjelasan tentang punca sebenar yang menyebabkan perpisahan mereka.

Kata lelaki berasal dari Pakistan itu, Venny tampak lemah lembut tetapi sebenarnya seorang kasar dari segi percakapan dan perbuatan.

czer dua kali

Akash mendakwa, sewaktu sedang hamil Venny sering menyakitinya meskipun ketika berada di tempat awam seperti memukul, mencemuh malah turut meludah mukanya.

 

Kalau marah, keluar dari rumah berhari-hari

Dedah Akash lagi, bekas isterinya itu juga terlalu sibuk sehingga tiada masa terluang dengan anak-anak dan akan meninggalkan rumah selama berhari-hari jika dia sedang marah.

Meskipun sudah bersabar dan cuba mengubah Venny namun kata Akash usahanya itu gagal sehinggalah akhirnya pasangan berkenaan bercerai.

czer dua kali

Ramai pengikut Venny dilihat memberikannya kata-kata semangat di Instagram selepas apa yang berlaku kepadanya manakala Akash pula menerima banyak komen negatif kerana menceraikan wanita yang separuh mati mengandung serta melahirkannya anak anaknya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...