Pernah Untung Besar Dan Diuji Hingga Gulung Tikar, Wanita Ini Bangkit Diiringi Setiap Titik Air Mata

Trending

Pernah Untung Besar Dan Diuji Hingga Gulung Tikar, Wanita Ini Bangkit Diiringi Setiap Titik Air Mata

Setiap perjalanan hidup, pasti akan ada duri-duri tajam yang mencacak di sekitarnya. Tidak akan ada seorang pun akan terlepas dari ujian Allah. Baik ujian kecil mahupun ujian besar.

Advertisement

Begitu juga dengan seorang wanita ini yang juga terpilih sebagai ‘insan yang diuji’ dengan ujian kecil dari Allah.

Nora Adila atau nama bisnesnya Nora Furla baru-baru ini berkongsi bagaimana beliau diuji dengan ujian yang teramat hebat dan besar sehingga membuatkan beliau terduduk dan terjelopok selama 8 bulan. Nora yang suatu ketika dahulu pernah naik namanya dengan jualan mascara duoya yang pernah mencapai ratusan ribu ringgit.

Jom baca bagaimana beliau berjaya bangkit dari tempoh 8 bulan diuji dan teruji..

Antara kekecewaan terbesar sepanjang saya berbisnes adalah bila saya terpaksa tutup office besar saya di shah alam. Ya Allah. Allah je tahu perasaan saya masa tu. Sedih, kecewa, down. Lama jugak saya pujuk hati untuk terima takdir Allah yg satu ni. Setiap hari saya keep cakap pada diri.

“Allah have something even better for u Nora. Be patient”. Saya kalau bercakap dengan diri sendiri speaking omputeh aje.

Bagi saya ujian yg saya perlu hadap ni bukan ujian biasa.

Memang ujian yg terlalu hebat dan berat. Tapi saya yakin satu perkara, Allah takkan uji saya di luar kemampuan. Office saya di shah alam tu saya bina hasil kerja keras saya siang malam.

Renovation pun habis beratus ribu. Saya buat office tu dengan angan2 nak gather dengan team tapi itu hanya rancangan saya manusia yg lemah. Rancangan Allah tu lebih baik.

Bayangkan lah betapa sedihnya saya?

Sampai saya tak mampu nk cerita pada sesiapa. Saya simpan dan hadap sorang2. Sebab saya tahu saya kuat dan mampu nak hadap semua ujian ni. Walaupun masa tu saya dah macam zombie dah.

Bila saya tutup Office, saya ambil keputusan drastic hijrah balik ke kedah. Saya since habis spm terus datang kl dan tak pernah terfikir pun nak balik duduk di kedah.

Jiwa dan hidup saya dah immune dengan kl. Tapi masa tu saya patah hati dan terlalu kecewa dengan banyak benda. Mak ayah saya advice suruh saya balik kedah sebab diorg kesian tgk saya.

Saya ikut je nasihat mak ayah saya. Dan masa tu saya sedar maybe selama ni saya tak pernah nak dengar pendapat mak ayah saya sebab tu Allah uji saya. Saya akur.

Peringkat awal balik ke kedah. Saya sedih sangat. Sebab masih susah nak terima kenyataan yg sekali lagi saya jatuh teruk dalam hidup.

Team saya collapse, office kena let go, saya keguguran sebelum tu, bibik saya lari, bisnes saya jatuh dan dalam masa yg sama saya dilempar dengan macam2 tohmahan tanpa usul periksa.

Takpela yg tu saya malas nak cerita. Bila balik kedah saya cakap pada mak ayah saya.

Saya nak bisnes macam dulu balik. Buat bisnes sorang2 je dari rumah. Dah taknak ada team. Cukup lah. Saya dah penat tolong orang. Tapi akhirnya yg saya dapat hanyalah hati yg luka haha kesian.

Tapi betul lah. Kasih sayang mak ayah ni tiada tandingan. Kalau anak sedih, mak ayah lagi 10 kali sedih kan? Demi nak support anak, mak ayah saya semangat buatkan office utk saya. Saya cakap saya taknak. Saya dah takde duit.

Saya dah malas dah. Cukuplah apa yg saya perlu hadap. Saya nk tenangkan diri. Tapi mak ayah saya ni pun degil jugak. Dia tetap buatkan office utk saya.

Ofcoz la tak secantik dan sebesar office saya di shah alam. Tapi sebab diorg terlalu semangat saya ikutkan je. Seriously masa tu saya takde perasaan lansung. Semangat? Memang non hadoo la. Macam orang tunggu mati.


.
Puas mak ayah saya motivate saya utk bangkit. Teruskan perjuangan. Set up team baru. Mula semula bisnes dengan lebih hebat. Tapi saya keep cakap saya taknak. Saya taknak. Saya taknak.

Saya dah penat tolong orang, orang bagi saya tahi. Yes masa tu memang saya terlalu negative. Saya masih berbisnes masa tu. Tak pernah stop.

Cuma saya cakap saya taknak dah ada team. Saya nak bisnes sorg2. Hidup ke mati ke aku sorang2 tak payah pening kepala tak payah sakit hati.

Berbulan lama, mak ayah saya tetap tak give up. Diorg tetap encourage saya untuk build up new team. Diorg nak saya bangkit lebih hebat. Lama2 saya mula rasa berdosa.

Bila setiap hari saya tengok mak ayah saya buat macam2 utk saya bangkit tapi saya tetap nak layan perasaan bodoh saya tu. Eh saya yg pernah berjaya ni pun kadang2 bodoh jugak eh.

Bukan sepanjang masa saya positif. Bila saya negatif kau jangan cakap apa la. Memang aku tak layan. Tapi bila tengok usaha mak ayah saya, saya mula rasa BERDOSA. BERDOSA YANG AMAT.

Mak ayah saya habiskan duit buat office utk saya. Berpuluh ribu jugak habis even buat office simple je. Mak ayah saya pun bukan la kaya sangat.

Tapi demi nak support anak, sanggup dia habiskan duit bantu saya. Patutnya duit tu mak ayah saya simpan je pegi holiday ke umrah ke. Tapi sebab nak tolong anak sanggup diorg korbankan semua tu utk saya ? Tapi saya? Masih lagi tak sedar diri.

Peringkat awal saya balik ke kedah, setiap hari datang office saya tido. Serious hilang terus semangat dah macam kena sampuk pun ada. Bila mak saya paksa saya. Bangkitla buat bisnes tu. Jangan la layan sangat perasaan.

Dia suruh saya buat live makeup. Saya tak suka kot. Tapi sebab mak saya suruh, dalam keadaan terpaksa saya buat jugak. Masa tu Allah je tahu macam mana saya berperang setiap hari dengan perasaan sendiri. I mean.

Kalau saya tak pernah berjaya, saya jatuh tu biasa lah. Ni saya pernah capai kejayaa hebat. Orang semua pandang saya sebagai orang berjaya orang hebat tapi yg sebenarnya saya diuji dengan ujian hebat, bisnes saya jatuh teruk. Saya berdepan dengan situasi yg tak mampu saya explain.

Susah sebab saya tak nak buka aib orang.

Tapi memang saya terseksa bila berdepan dengan macam2 tohmahan. Masa tu saya sedar, hebatnya kuasa Allah. Dia create satu situasi yg memang memaksa saya untuk 100% bergantung harap hanya pada Allah ?.

Sedih? Tak payah cerita. Air mata saya dah boleh buat kolam berenang. Tapi saya yakin saya kuat. Sebab tu saya tak ceritakan pada sesiapa.

Hanya orang terdekat dengan saya je tahu apa sebenarnya berlaku. Setiap hari saya doa pada Allah supaya bela nasib saya. Allahu. Tengah taip ni pun saya menangis. Tak sanggup nak ingat.

Sebenarnya kalau ikutkan saya. Saya nak hilangkan diri terus. Saya cuma nak fokus hidup sendiri. Buat bisnes kecik2 tanpa orang ambik kisah pasal saya.

Tapi bila tengok semangat mak ayah saya, saya jadi bersalah. Yelah kalau saya bisnes kecik2 apa sangat yg mampu saya buat? Nak lepas hidup sendiri pun cukup2 je saya rasa.

Apatah lagi nak bantu orang lain. Saya tengok susah payah mak ayah saya nak sokong saya walaupun diorg tak mampu tapi diorg usaha jugak sebab diorg taknak saya give up. Benda tu keep menekan saya. Tapi saya lemah.

Terlalu lemah. Saya dah Cuba buat macam2 nak ubatkan hati nak pulihkan semangat.

Tapi macam tulah. Nak cari kekuatan nak bangkit tu bukan mudah. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri setiap hari! Kalau uols pernah rasa nak give up kecewa patah hati, saya pun sama!

Ada satu hari tu saya terlalu sedih. Saya rasa saya dah cuba buat macam2 utk bangkit semula tapi saya tak mampu. Saya solat saya doa “Ya Allah aku sedih sangat. Hantarlah pada aku hadiah. Dalam bentuk apa sekalipun. Asalkan boleh bagi aku sikit kegembiraan untuk aku pulihkan semangat aku. Aku tak mampu dah ya Allah”

Amazingly seminggu selepas tu saya disahkan mengandung. Allahu. Menangis saya masa tu.

Saya rasa macam Allah betul2 jawab doa saya. Saya mula rasa malu. Malu sebab tak sanggup nak hadap ujian kasih sayang Allah buat saya. Bila saya dapat tahu saya mengandung.

Tak tahu dari mana datang semula semangat saya. Tiba2 saya jadi kuat. Tiba2 macam2 peluang saya dapat. Benda yang saya rasa sangat susah jadi mudah. Saya mula dapat kekuatan untuk bangkit semula.

Saya mula join semula class sifufbads. Antara mentor yang setia support dan bagi nasihat pada saya. Magic. Macam berubah sekelip mata! Mana Nora yang down dulu? Saya pun tak tahu.

Semua tu kuasa Allah sebab Allah yg pegang hati kita. Berkat anak2, berkat doa ibu dan ayah. Berkat sokongan suami keluarga dan orang2 yg setia sokong saya.


Alhamdulillah selepas lebih 8 bulan saya ‘sakit’ harini saya pelan2 merangkak naik semula.

Alhamdulillah walaupun saya berdepan dengan cabaran hebat setiap hari, bantuan Allah tu sentiasa sampai kepada saya. Sentiasa ada jalan untuk saya lalu walaupun banyak jalan yg nampak tertutup.

Saya mula kuatkan keyakinan pada Allah dan letakkan pengharapan sepenuhnya pada Allah.

Saya yakin harini saya berjaya bangkit selain dari berkat sokongan sepenuh hati mak ayah Saya, semua ni takkan berlaku tanpa izin Allah.


Sejujurnya saya dah fobia dan trauma dengan dunia bisnes. Sebab tu saya hilangkan diri dari fb. Saya rasa dah tak boleh hadap. Terlalu banyak ketakutan saya setiap hari.

Tapi setiap kali saya takut saya serahkan ketakutan saya pada Allah untuk Allah bantu.

Saya cepat2 tawakal dan minta bantuan Allah. Saya yakin saya sampai ke tahap sekarang pun atas bantuan Allah. Jadi kenapa saya perlu takut kan?


Syukur segala ujian yg saya perlu hadap menjadikan saya manusia yg jauh lebih baik. Sekurangnya saya tahu air mata saya tak sia-sia. Ni belum saya cerita bab cabaran saya nak hasilkan mascara.

Macam mana bisnes saya kena sabotaj. Macam mana saya mulakan bisnes mascara baru saya ni yg memerlukan ratusan ribu ringgit dalam keadaan saya tgh struggle dengan financial dan hutang banyak.

Macam mana saya boleh gather 150 orang agent dan buat sale 100k dengan hanya buat pre order.

Dan banyak lagi cabaran saya kena hadap. Nak cerita tak habis. Tunggu la sambungan kisah saya Ya? Nak tahu tak? Bayar dulu. Air mata saya Mahal. Hahahaha


Harini saya share sekadar nak buat come back.

Saya tahu juga ramai yg perlu semangat saya. Sebab tu saya tak give up. Saya rasa berdosa kalau saya give up. Nak menulis ni pun saya perlu kumpul kekuatan yg sangat lama.

Syukur Alhamdulillah Allah bantu saya pulihkan semangat saya. Buat mama abah, I did this for u. Buat team baru saya terima kasih. Sebab uols semua saya kuat harini.

Terima kasih sebab bantu pulihkan semangat saya. Sebelum saya setup new team siang malam saya doa supaya Allah gantikan saya dengan team yg lebih baik. Alhamdulillah harini saya dapat team yg lebih hebat. Allah ubat hati saya ??

Untuk 8 bulan yg penuh dengan pengajaran. I’m so blessed and grateful ?

To those yg tgh diuji, Allah uji tanda sayang. Banyakkan syukur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...