Umum mengetahui bahawa pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini berhijab sudah kembali membukanya dengan alasan tidak mahu teruskan hidup berpura-pura.
Selepas satu demi satu kontroversi yang timbul kerananya, pelakon wanita itu difahamkan telah kembali menyarungkan tudung sepenuhnya sejak sebelum Ramadan lalu.
Akur dengan kepercayaan dan pegangan agama yang abadi, Fathia tidak mempunyai alasan yang boleh diberikan bagi menjawab persoalan mengapa dia kembali bertudung melainkan mengakui bahawa manusia biasa tidak terlepas daripada perlakuan khilaf.
Wanita itu berharap agar dia diberi peluang kedua untuk berubah dan mengubah dirinya selepas mengakui bahawa walaupun sudah tidak muda tetapi dia tidak matang suatu ketika dahulu.
“Saya pernah hanyut, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung.”
Fathia juga tidak segan mendedahkan yang dia memberontak kerana tewas ketika diuji. Akhirnya kebodohan diri itu nyata menjerat diri sendiri.
“Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.
Tidak mahu mengamalkan konsep ‘pakai buang’ dalam hal bertudung, Fathia akhirnya menetapkan pendirian untuk mematuhi tuntutan sebagai wanita Islam itu.
Bahkan ibunya sendiri ada berpesan bahawa hijab bukanlah satu ‘trend’ atau pun ikutan.
“Hijab adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim. Malah, ketika ini, jika tidak bertudung, kita umpama ketinggalan.”
Walaubagaimanapun, pelakon wanita itu mengakui bahawa dia memahami sekiranya ada sesetengah pihak yang prejudis terhadap keputusannya untuk kembali berhijab.
Kelihatan nekad dengan perubahan itu, Fathia juga diliha sudah memadam gambarnya tidak bertudung di seluruh laman media sosial.