Pernah Terima Hadiah Jam Tangan Dari Shuib, Naim Daniel Mahu Pulangkan Kembali?

Hiburan

Pernah Terima Hadiah Jam Tangan Dari Shuib, Naim Daniel Mahu Pulangkan Kembali?

Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel kini dilihat enggan memberi komen lanjut berikutan isu pemberian jam tangan oleh pelawak Shuib Sepahtu sekitar Februari lalu.

Advertisement

Bagaimanapun, selepas disoal sama ada pihaknya mahu memulangkan kembali jam tersebut, Naim khabarnya enggan mengulas hal tersebut dan bertindak mendoakan kebaikan sahaja buat Shuib dan isterinya, penyanyi Siti Sarah.

“Berkenaan hal ini, saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti. Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, Insya-Allah.”

Terdahulu, ketika Naim hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual susulan kejayaannya meraih gelaran juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34), Shuib difahamkan tampil menghadiahkan jam tangan kesayangannya kepada penyanyi tersebut.

Sekadar informasi, gempar baru-baru ini apabila nama Shuib sedang dalam siasatan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penggubahan wang haram.

Namun demikian, Shuib hanya menganggap penahanannya selama hampir 24 jam di SPRM itu adalah sebahagian daripada ujian dan cabaran dalam perniagaan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...