“Pernah Rasa Nak Pitam Di Atas Pentas..” – Stacy Sakit Badan Kerana Kostum, Bangga Peminat Masih Ingat Suara

Hiburan

“Pernah Rasa Nak Pitam Di Atas Pentas..” – Stacy Sakit Badan Kerana Kostum, Bangga Peminat Masih Ingat Suara

Penyanyi dan salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia (TMSM4), Stacy, akui tidak mudah untuk bersaing di pentas tersebut selama 10 minggu. Banyak cabaran yang dilaluinya sehingga dirinya berjaya dinobatkan sebagai juara.

Pitam kerana kostum

Menurut Stacy, dia hingga mengalami pitam oleh kerana kostum Bunga Matahari yang berat membuatkan penyanyi ini terpaksa membatasi pergerakkannya semasa membuat persembahan.

Advertisement

Ada minggu saya alami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat. Pernah juga rasa nak pitam ketika berada di atas pentas.

 

Sebab tu saya kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan. Saya lebih fokus pada nyanyian sahaja.

 

Saya pernah dukung anak beratnya 12 kilogram, dan rasanya sama seperti memakai kostum Bunga Matahari itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Ramai sudah dapat teka

Tambahan pula, juara TMSM4 ini turut mendedahkan bahawa ramai sudah dapat meneka bahawa dirinya lah Bunga Matahari itu. Bukan itu sahaja, ramai juga peminat yang ‘membanjiri’ media sosialnya kerana mereka tahu itu merupakan Stacy.

Namun begitu, Stacy tetap harus berdiam diri dan tidak boleh memberi sebarang bayangan yang bakal mendedahkan identitinya sepanjang pertandingan.

Dari awal orang sudah mula ‘serang’ saya di media sosial kerana mereka tahu itu saya.

 

Tetapi saya tidak boleh nak jawab. Mungkin saya gagal untuk kelirukan orang namun bagi peminat, saya anggap ini satu kejayaan kerana sampai ke final.

 

Ibu sendiri pun tidak tahu Bunga Matahari itu adalah saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Untuk info, Stacy telah dinobatkan sebagai juara manakala Namie (Mat Helang) sebagai naib juara dan Danial Zain (Sang Kancil) di tempat ketiga. Adinda (Biskut Aiskrim) telah menduduki tempat keempat dan akhirnya Nabila Razali (Teratai) di tempat kelima.

Stacy anam Akim
1 year ago

"Ini Biasa Di Sabah.." - Bantu Uruskan Jenazah Abang Stacy, Peminat Puji Sikap Akim Hormat Agama Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...