October 9th, 2020

Penyanyi dan usahawan kini, Mila Jirin,32, ada berkongsi mengenai kehidupan lalu yang serba kekurangan dan susah sebelum dia bertekad untuk memperbaiki taraf hidup keluarganya.

Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Binti Jirin berkata, dia terpaksa melupakan impian ke menara gading kerana kehidupan keluarganya yang tidak bernasib baik dari segi kewangan.

Dilahirkan sebagai anak sulung, bekas juara program Akademi Fantasia Musim Ke-5 ini mendedahkan bahawa ibu bapanya dahulu hanya bekerja biasa sebagai pengawal keselamatan dan ketika waktu lapang, turut memungut tin di tepi jalan.

“Saya sendiri ada pengalaman ikut bapa pungut tin. Memang sedih. Ibu pula bekerja di kilang untuk membantu pendapatan bapa bagi menyara kami sekeluarga. Malah pernah suatu ketika atap rumah kami berlubang, bocor dan rosak kerana tak diganti gara-gara tak ada duit. Bila hujan basah satu rumah, dan perkara itu sangat menyedihkan saya,”

Sehubungan itu, dia bangkit dan mengakui pernah bekerja di sebuah kilang sebelum mengambil keputusan untuk menyertai Akademi Fantasia musim ke-5 pada tahun 2007.

Kemudian, Dia yang memperoleh gelaran Juara dalam Akademi Fantasia musim ke-5  benar-benar membantu kehidupan Mila untuk mengubah nasib keluarga.

View this post on Instagram

Pagi pagi dah sampai di @bizmilla_wedding_centre subang. Jumpa pelanggan Bizmilla harini…. Sembang sembang….Alhamdulillah mereka happy saya lagiiii happy… – Kami di BIZMILLA memberikan pemantauan, hand sanitizer, tempreture checker & pekerja untuk uruskan saringan dan pendaftaran di pintu depan dewan secara PERCUMA bagi membantu pelanggan menguruskan semua tetamu yang hadir… – Tak perlu lah Mak Pengantin atau ahli keluarga pengantin pula yang perlu korbankan moment penting bila duduk di meja pengurusan saringan dan pendaftaran… – Sebagai menghargai semua pelanggan kami…biar kami keluar kos sikit asalkan pelanggan happy dan semua tetamu selesa… – #KitaJagaKita LOVE

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Dia dalam pada yang sama menyedari bahawa populariti sebagai seorang penyanyi itu tidak akan kekal lama dan mula menyimpan sikit demi sedikit wang yang diperolehi sepanjang kariernya sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Mila yang memulakan perusahaan dalam bidang perkahwinan yang diberi nama Bizmilla bersama suaminya, Isz Mustapha sejak tahun 2013 yang lalu dilaporkan semakin berkembang ke beberapa cawangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

View this post on Instagram

Lately ni memang tak banyak masa dapat spend sama sama…Every Khamis/Jumaat en suami dh ke JB sampai Ahad uruskan @bizmilla_wedding_centre Johor Bahru dan @thebridalfactory JB… – Mommy pulak mcm biasa manage @bizmilla_wedding_centre di Selangor KL dan @thebridalfactory Subang dan @bizmillatravel . – Dengan workload yang makin overload dek sedang uruskan NEW BABY @cakesmilla.my dan @hurryhurry.my ? – Semalam, dalam sibuk2 pantau decor refurbish di BIZMILLA Subang…sempat tarik suami ajak bergambaq depan main entrance baru di BIZMILLA SUBANG…walaupun LOGO BIZMILLA belum install..tak pa lah kita gambaq dulu.. ? – Sebab rasa macam dah lama tak bergambar gambar ni…dalam phone penuh gambar @cakesmilla.my, gambar dewan @bizmilla_wedding_centre, gambar baju @thebridalfactory, gambar ARIF (wajib) gambar beg rider @hurryhurry.my hahahaha gambar kambing pun ada projek Akikah di Makkah @bizmillatravel ??? – Mommy tengok galery phone mommy pun terseyum sorang sorang….sampai kalau nak post gambar ke IG pun rasa mcm tak ada gambar ? padahal zaman zaman remaja dulu, hantu selfie hahahaha….Zaman zaman tak remaja ni, selfie pun lupa ? – Panjang pulak caption mommy ni…mommy sebenaqnya nak habaq, mommy bergambaq dengan en suami ja hahaha tapi jadi karangan lahir dari hati pulak hahahahah …… – Ok…jom.sambung bekerja kita… Moga Allah PERMUDAHKAN urusan semua yang membaca caption mommy ni naaaa ?

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Mila Jirin juga dikhabarkan bakal memperkembangkan lagi perniagannya dalam bidang perkhidmatan pembelian dan penghantaran makanan secara dalam talian (online) tidak lama lagi.

Sumber: Harian Metro


2 responses to “Pernah Pungut Tin Tepi Jalan Bersama Bapa, Mila Jirin Kongsi Pengalaman Hidup Ketika Waktu Susah”

  1. Sentiasa doakan orang ye sahabat semua. says:

    Hebat Mila! Semoga terus maju dalam bisnes, dunia & akhirat

  2. Anonymous says:

    Tin memang ada harga ?????……

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...