Menerusi laman sosial Threads, seorang individu yang bekerja dengan sebuah restoran di Tampin, Negeri Sembilan mendedahkan tentang sikap pempengaruh TikTok dikenali sebagai Abam Panda.
Difahamkan, wanita itu merupakan staf yang terlibat dalam marketing atau paid review restoran membabitkan pempengaruh media sosial.
Menurutnya, pihak restoran telah membayar Abam Panda untuk reviu restoran terbabit dan beberapa bisnes lain diusahakan pemiliknya. Dia memuji Abam Panda dan isteri kerana dikatakan paling mudah untuk bekerjasama dan memberikan harga yang berpatutan.
Antara ramai ramai influencer yang kita deal untuk paid review, abam panda paling mudah sekali! Paling affordable. Paling bagi kerjasama. Paling tak banyak songeh.
Tulisnya, sebelum ini dia pernah berurusan dengan pempengaruh terkenal dan mengenakan harga yang mahal namun tidak setimpal dengan hasil yang mereka terima.
Pernah panggil influencer ‘famous’ review, harga dah la mahal ui. View sendu 🥲😅
Berdasarkan komen, kata wanita itu Abam Panda mengenakan harga RM2,500 untuk reviu ketiga-tiga bisnes dimaksudkan itu. Tambahnya, harga tersebut dianggap berbaloi kerana mereka pernah berurusan dengan pempengaruh lain yang mengenakan harga RM5,000.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.