Terbaharu, melalui laporan satu portal hiburan, pelakon remaja perempuan dikhabarkan sudah tidak lagi bertudung.
Biarpun sebelum ini pernah menafikan diri sudah tidak lagi berhijab, tetapi portal terbabit mendakwa terdapat satu video memaparkan seorang perempuan muda mirip pelakon remaja tersebut.
Penampilan yang dipaparkan juga dikatakan amat berbeza dari sebelum ini dan tudung juga sudah tiada.
Jika sebelum ini penampilannya kelihatan sopan di mata masyarakat, tetapi perilaku yang dipaparkan dalam video itu sememangnya keterlaluan kerana terkinja-kinja dengan rakan yang lain.
Paling tak sangka, pelakon tersebut juga sakan berjoget di parti hari jadi kenalannya itu sambil bercampur lelaki serta perempuan seakan-akan berada di kelab malam.