Pernah Menyanyi Di Kelab Dan Restoran, Aina Abdul Ajak Peminat Dalami Kisah Suka Duka Dirinya Dalam Lagu ‘Sepi’

Hiburan

Pernah Menyanyi Di Kelab Dan Restoran, Aina Abdul Ajak Peminat Dalami Kisah Suka Duka Dirinya Dalam Lagu ‘Sepi’

Penyanyi yang namanya semakin dikenali kerana bakat nyanyiannya yang hebat, Aina Abdul khabarnya telah memilih kelab malam sebagai lokasi video muzik lagu terbarunya yang berjudul Sepi.

Aina AbdulSumber : Instagram Aina Abdul  

Aina menjelaskan pemilihan lokasi itu adalah kerana dia ingin mengajak peminat serta pendengar agar mendalami kisah suka dan duka sebelum dirinya berada sehingga ke tahap ini. Dia yang dahulunya pernah bekerja sebagai penyanyi di kelab, restoran dan lounge ini berkata bahawa lokasi kelab malam itu bersesuaian dengan jalan cerita lagu itu yang mengisahkan kisah hidupnya sebelum bergelar penyanyi ‘mainstream’.

Advertisement

Dilaporkan juga lokasi video muzik itu dirakamkan di kelab Jazz, No Black Tie yang bertempat di Ibu Kota Kuala Lumpur.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Untuk pengetahuan, saya bermula sebagai penyanyi gig di restoran, kelab dan lounge. No Black Tie dipilih menjadi lokasi MV Sepi kerana saya pernah mencari rezeki di sana dengan menyanyi setiap malam.”

Dia turut menambah bahawa persekitaran lokasi tersebut adalah amat dekat dengan penceritaan lagu Sepi di mana dia berusaha untuk mencari identiti sendiri dalam bidang nyanyian serta meneroka ke dunia seni dengan lebih luas lagi.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Apa yang saya paparkan dalam muzik video itu antara kisah suka duka serta kejadian yang pernah saya lalui sendiri sebelum dikenali sebagai penyanyi arus utama.”

Dalam pada itu, Aina turut berharap bahawa karyanya yang terbaru ini dapat memberi sedikit inspirasi buat mereka di luar sana menerusi lagu tersebut. Tambahnya lagi, lirik lagu Sepi tersebut juga bersesuaian dengan situasi semasa yang dilalui oleh semua orang pada ketika ini yang sedang menghadapi cabaran COVID-19.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Muzik video lagu Sepi ciptaan Aina Abdul sepenuhnya sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube sejak 8 Februari lalu dan sehingga hari ini, video rasmi tersebut telah mendapat hampir 360,000 tontonan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...