September 18th, 2015

Tidak henti-henti  di gosipkan bercinta dengan ramai lelaki dan sering dihimpit dengan kontroversi, Uqasha Senrose sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa wartawan nampaknya lebih memilih untuk menulis mengenai kisah peribadi artis berbanding karier mereka.

Tentu sekali kenyataan itu telah mendapat kritikan daripada ramai pihak dimana ada yang mengatakan tanpa wartawan nama seseorang artis itu tidak mungkin akan dikenali.

Menyedari beliau sudah melakukan kesilapan, Uqasha telah tampil memohon maaf kepada pihak wartawan atas kenyataan beliau itu.

Saya minta maaf kepada media. Sebagai manusia biasa ditambah lagi dengan usia yang masih mentah saya tidak terlepas melakukan kesilapan. Saya terima setiap teguran dengan hati terbuka dan melihat secara positif.

Kalau mereka tidak tegur mungkin sampai bila-bila pun saya tidak sedar. Apa yang berlaku ini saya jadikan pengajaran untuk jadi lebih baik pada masa akan datang.

Kalau memilih jalan untuk menjadi artis, perkara seperti gosip dan kontroversi adalah asam garam kehidupan sebagai artis.. Sebenarnya, jika anda boleh memperbaiki diri sendiri pasti perkara seperti ini boleh dielakkan ataupun berkurangan pada masa hadapan.

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...