Pelakon Julia Farhana mengakui bukan mudah untuk dirinya kekal istiqamah setelah mengambil keputusan untuk berhijab secara sepenuh masa.
Ujar Julia atau nama sebenarnya Juliana Farhana Marin,28, tindakan berhijab bukanlah memakai tudung semata-mata tetapi mengubah seluruh gaya hidup yang patuh syariah.
Bila bertudung, ia bukan hanya tentang ubah cara pakai baju. Tapi haru ubah seluruh gaya hidup seperti jaga solat, jaga cara percakapan dan pergaulan. Percayalah, ia sangat sukar.
Tambahnya lagi, dia kadang-kadang menangis di hadapan suami kerana sukarnya untuk kekal berhijab dan bersyukur kerana Che Hafiz sentiasa memberikan sokongan.
Kalau tiada suami saya, saya tidak tahu apa akan jadi dengan saya sebab dia yang aakn ingatkan saya tentang nikmat hasil daripada setiap kesabaran.
Dia juga pesan, saya sudah berjalan sejauh ini, oleh itu jangan patah balik. Dia akan ajak berzikir dan baca Al-Quran bersama.
Dalam pada itu, Julia turut mengingatkan agar orang ramai untuk tidak mudah menghakimi perjalanan hijrah seseorang terutamanya selebriti yang kehidupan mereka sering saja menjadi tumpuan.
Terdahulu, Julia memaklumkan bahawa dia sudah berhijab sekitar Mac lalu dan telah memadam foto-foto membuka aurat di Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.