Pernah Memiliki Gaji Tinggi Enam Angka, Lelaki Ini Kini Menjadi ‘Rider’ Untuk Meneruskan Hidup

Kehidupan

Pernah Memiliki Gaji Tinggi Enam Angka, Lelaki Ini Kini Menjadi ‘Rider’ Untuk Meneruskan Hidup

Pandemik COVID-19 bukan sahaja menjejaskan tahap kesihatan seseorang malah aspek ekonomi juga turut sama terkesan daripada penularan wabak ini. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan dan mengalami kesukaran bagi meneruskan kehidupan mereka.

Perkara yang sama turut berlaku kepada pemuda berusia 30 tahun ini, Lai Qingyao yang kini menukar pekerjaannya sebagai penghantar makanan. Tidak mahu memilih kerja, lelaki ini dahulunya mempunyai pendapatan enam angka setiap bulan.

Advertisement

Mempunyai kedai komputer

rider foodpanda

Sewaktu berusia 26 tahun, dia telah membuka kedai komputer bersama dua lagi rakannya. Sewaktu perniagaannya dalam keadaan yang baik, dia boleh menjana pendapatan sebanyak enam angka pada setiap bulan. Namun segalanya mula merudum dan semakin terjejas.

Perniagaannya itu terpaksa ditutup dan dia juga telah menjual kereta miliknya untuk meneruskan hidup. Ditambah pula, dia mempunyai pinjaman bank sebanyak RM3,000 yang perlu dibayarnya pada setiap bulan. Bagi meneruskan kehidupan, dia mula mendaftarkan diri sebagai penghantar makanan pada Januari lalu.

Jana RM1,000 pada minggu pertama

Ketika baru mula-mula menjinakkan diri sebagai ‘rider’ Foodpanda, dia tidak menyangka boleh menjana pendapatan sebanyak RM1,000 pada minggu pertama. Pada fasa awal pengurusan, dia memberitahu mereka mempunyai banyak kerja.

rider foodpanda

“Dari pagi hingga malam, kita dapat mengumpulkan lebih dari 300 penghantaran makanan seminggu.”

Pada masa ini juga, dia menitikberatkan penjagaan diri dengan memakai topeng muka dan membawa tisu basah untuk disinfeksi diri. Menurutnya, walaupun segelintir masyarakat kaya memandang rendah pekerjaan sepertinya ini, para penghantar makanan juga merupakan petugas barisan hadapan seperti doktor, polis dan lain-lain.

Pada saat seluruh restoran dan kedai makan tidak membenarkan pelanggan untuk makan di kedai, penghantar makanan bersedia untuk menghantar makanan walaupun terdedah kepada risiko jangkitan. Dia juga kini gembira dengan pekerjaannya dan berjaya memperoleh pendapatan yang stabil.

Sebelum ini juga, seorang gadis berusia 20 tahun tular di media sosial selepas memilih untuk bekerja sebagai ‘rider’ pada ketika ini. Gadis tersebut juga mencuri perhatian kerana berminat untuk menyertai sektor pekerjaan yang kebiasaannya didominasi oleh kaum lelaki.

Artikel berkaitan: Tidak Mahu Memilih Kerja, Gadis Ini Akui Seronok Menjadi ‘Rider’ Penghantar Makanan

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...